Kata Mala; KFC tak sedap! Tapi mungkin lazatnya hingga menjilat jari.
Al-kisah, maka tersebutlah kisah bahawa si Mala ini bukanlah pengundi di DUN Tenang ini adanya. Syahadan bukanlah menjadi kesalahan jika bukan menjadi pengundi untuk diundi, kerana hukum negara tidaklah bersalahan sepertimana yang tertulis didalam kitab-kitab yang tersimpan di khazanah Suruhanjaya Pilihan Raya adanya.
Arkian, tidaklah menjadi kesalahan jika kita tidak dapat mengundi diri sendiri, namun alangkah malangnya bila kita bersusah payah ke sini ke sinun untuk merayu undi dari orang lain sedangkan diri sendiri tidak ada upaya untuk melakukannya.
Aklhirul kalam, adapun kalam sahaya ini sudahlah tidak mempunyai banyak tintanya lagi, oleh yang demikian tidaklah dapat akan sahaya menulis banyak-banyak tambahan pula sahaya ini bukanlah seorang cikgu seperti Cikgu Mala dan suaminya En. Labu itu adanya. Bagaimanapun eloklah kedua-dua mereka menonton video klip dibawah ini kerana perkataan itu amatlah sesuai untuk mereka berdua itu adanya.

No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”