12 January, 2011

NIK AZIZ MENYENDAL GIGI?




Banyak pihak sama ada dalam UMNO atau bahkan Pas sendiri ternanti-nanti apakah hasil atau isu dari pertemuan diantara DS Najib dan Nik Aziz beberapa hari lalu. Pasti pertemuan diantara tokoh-tokoh besar begini ada agenda atau isu besay yang dibincangkan, yang khususnya mengenai rakyat Malaysia, mengenai bangsa Melayu dan agama Islam.

Kita merasa hairan kenapa selepas pertemuan itu Nik Aziz masih enggan membuka mulut? Bukan orang UMNO sahaja yang ingin tahu, bahkan orang Pas juga ada keinginan yang sama. (Baca Sini). Apakah Nik Aziz sedang mencari fatwa baru dan sedang mencari-cari mana-mana hadis yang sesuai untuk digunakan bagi menguatkan hujahnya.

Yang nyata adalah Nik Aziz juga sudah kehabisan modal untuk menegakkan kebatilan bagi mengatasi kebenaran yang dismbunyikan selama ini. Mungkin Nik Aziz merasa terhutang budi kepada DS Najib kerana sikap budiman DS Najib terhadapnya selama ini. Masih ingat ketika beliau terlantar di hospital dulu? DS Najib hadir melawat dan mendoakan kesihatannya. 

Kita pasti selepas ini, Nik Aziz akan hadapi sindrom membisu kerana berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata yang akan merosakkan bangsa dan negara serta terutama agama Islam yang kita sanjungi ini. Kita juga bimbang beliau akan jadi seperti klip dibawah ini, hehehe:






No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”