Foto calon PRK Tenang yang kena main belakang
Dulu Nik Ajis kata hanya lelaki saja layak memimpin, maka ahli Pas dari kalangan perempuan-perempuan langsung tidak dipertimbangkan dalam mana-mana pilihanraya. Akhirnya bila ada desakkan dan menyedari bahawa perempuan juga mampu memberikan sokongan dan kemenangan pada parti maka Nik Ajis serta mereka 'kona baring'. Maka bolehlah calon-calon Pas dari kalangan perempuan bertanding dalam pilihanraya.
Dulu di Kota Bharu, perempuan-perempuan tidak digalakkan keluar rumah untuk berkerja mencari nafkah, namun setelah Nik Ajiz belajar ilmu matematik dan sedari banyak yang mampu diberikan oleh perempuan-perempuan bagi menjana ekonomi negeri dan negara, maka Nik Ajis sekali lagi 'kona baring' dan benarkan serta 'halalkan' perempuan berkerja.
Hukum dalam Pas adalah apa-apa saja yang boleh memberikan mereka kemenangan dan kekuasaan dalam politik, waima bekerjasama dengan syaitan sekalipun. Memang Pas adalah parti politik yang sangat dahsyat memperalatkan agama Islam selama ini. Malangnya masih ramain yang kurang sedar hakikat itu.
Menjelang PRK di Tenang, Pas sedar bahawa peluang untuk mereka memenanginya adalah sangat tipis, lalu mereka meretakkan calon perempuan. Apakah mereka akan calonkan Normala jika mereka pasti akan menang? Jawapannya tidak kerana orang-orang Pas ini adalah dari kalangan mereka yang tamat. Jika pasti akan menang mereka akan rebut, lalu jika rasa akan kalah mereka akan mengalah, konon kesalahan nanti adalah kerana calon perempuan dan rakyat tidak tahu menilai kelebihan calon berkenaan. Rakyat akan dipersalahkan kelak bila mereka kalah.
Lihatlah permainan politik mereka ini, sah Normala kena main dari belakang oleh tokoh-tokoh Pas ini. Pencalonannya hanya kerana mereka tidak yakin bahawa Pas akan menang, jadi mudahlah nanti mereka akan salahkan orang lain hatta rakyat sendiri.
Blogger pencacai yang baru bertemu dengan pemimpin Pas tentunya akan bersemangat untuk menyebarkan fitnah atas nama perjuangan Islam mereka itu walaupun mereka tahu bahawa yang mereka bawa itu hanyalah dusta belaka. Tidak hairanlah kerana bibir mereka masih basah dan berminyak kerana jamuan dan makan-makan di hoteh besar tidak lama dulu, bahkan kocek mereka pun masih penuh berisi.
Pemimpin Pas berjuangan kerana Islam ? (walaupun hakikatnya mereka hanya berjuang merebut kedudukan dan kuasa) dan blogger pencacai juga berjuangan kerana Islam? (walaupun mereka hanya berjuang kerana pemimpin-pemimpin mereka yang memberikan mereka imbuhan) Hehehe! Semuanya mengenai tipu daya belaka! Jika Pas benar-benar berjuang untuk agama, kenapa mereka takut tinggalkan kepentingan politik dan jadi seperti Al-Arqam atau sebagainya? Sah! Mereka dari kalangan yang peralatkan agama!
Cikgu Mala terpaksa letak jawatan untuk bertanding PRK Tenang, jika kalah kesian pada dia sebab hilang mata pencarian. Akhirnya kita nampak Pas tepaksa bertarung dengan mempertaruhkan orang perempuan dan kita akan melihat lelaki-lelaki Pas hanya bersembunyi dibelakang dan dalam keadaan ketakutan. Hehehe! Hampas punya Pas!
(Baca Sini)
Cikgu Mala terpaksa letak jawatan untuk bertanding PRK Tenang, jika kalah kesian pada dia sebab hilang mata pencarian. Akhirnya kita nampak Pas tepaksa bertarung dengan mempertaruhkan orang perempuan dan kita akan melihat lelaki-lelaki Pas hanya bersembunyi dibelakang dan dalam keadaan ketakutan. Hehehe! Hampas punya Pas!
(Baca Sini)
Aku dulu pun cikgu juga. Tugas sebagai cikgu ialah mengajar dan mengajar dan memastikan anak didik mendapat asas pendidikan yang mantap dan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup. Bila kita sibuk berpolitik bila masa nak membuat persediaan yang baik untuk anak didik kita. Biarlah kerja-kerja berpolitik ini orang lelaki yang buat kita ambil masa dengan anak-anak di rumah dan di sekolah.
ReplyDelete