31 January, 2011

SELESAI PRK TENANG, BLOGGER HARUS KEMBALI RAPATKAN BARISAN




PRK Tenang sudah berakhir. Yang menang beroleh kemenangan dan akan dibebani tugas dan ranggungjawab kepada rakyat dan yang kalah juga menerima padah dan akan menanggung risiko yang diambilnya. Bagaimanapun ini semua adalah ketentuan takdir dari Allah juga. 'DIA'lah yang lebih mengetahui akan segalanya.

Sebagai seorang blogger pro kerajaan, saya sedar dan melihat bahkan merasai bahan peperangan siber ini, pahit dan manisnya kita rasai. Namun apabila peperangan sudah brakhir eloklah kita kembali semula merapatkan saf perjuangan kita ke jalan Allah. Blogger pro kerajaan dan pro pembangkang jangan lagi bersengketa sesama kita. Kita hanyalah askar-askar yang berjuang dimedan perang untuk pasukan kita, demi kepercayaan yang kita pegang selama ini.

Kepada Cikgu Mala dan puak-puak disebelah sana. Kami memohon maaf atas segalanya, namun demikian adat beerjuang, demikian adat berperang ~ membunuh atau dibunuh! Kami tidak merancang menyerang peribadi sesiapa, namun pihak disana yang mulakan dulu, lalu kami terpaksa sambut 'gendang perang' yang dipalu itu. Bagaimana gendang dipalu, begitulah kami menarikannya.


Saya sangat bersetuju dengan sebahagian dari pendapat seorang blogger yang menyatakan pendapat bagi pihak blogger yang lain, sila baca dibawah ini CnP dari blog rbf online.

Sepanjang kempen prk Tenang bukan niat kami nak serang peribadi Normala, tetapi kami terpaksa kerana jeneral p/raya Pas Salahuddin Ayub@Din Puduraya dan Mahfuz Omar terlebih dahulu menyerang calon BN dan serangan-serangan mereka semua itu adalah putar belit serta pembohongan.

Cerita berkenaan tanah banyak yang mereka tipu dan tokok tambah.

Kepada Cikgu Mala pula, terus terang saya katakan, saya kasihan melihat anda. Anda betul-betul menjadi kambing hitam Pas. Kerja hilang sekelip mata, pencen tak dapat, apa kemudahan pun tak dapat.

Sudahlah Cikgu Mala, tinggalkan Pas, jom masuk Umno. Tiada untungnya anda berada dalam Pas, fikiran anda akan jadi jumud, harta yang ada pun habis.
 
Sebagaimana saranan saya diawal tadi, selesai kita berjuang kita kembali merawat luka masing-masing, andai ada ruang, mari kira rapatkan saf perjuangan kita kerana kita sebangsa dan seagama. Jangan kita dipisahkan hanya kerana ideologi politik sempit kita masing-masing.

1 comment:

  1. langkah yg bijak dgn mohon maaf. kerna bila dah jadi calon memang sukar nak elak serangan blogger.

    apa kata peluang yang ada muhasabahlah diri.

    periksa kembali bagaimana hubungan dengan ibubapa atau suami.

    krn kesilapan boleh dibetulkan dan kekalahan boleh menginsafkan.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”