12 February, 2011

ADUN KERDAU PARLIMEN KUALA KRAU PAHANG MENINGGAL DUNIA




Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63
ADUN Kerdau, Pahang.


Semasa hayatnya, beliau seorang wakil rakyat yang gigih dan bertanggungjawab
terhadap rakyat


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, diberitakan telah meninggal dunia petang tadi akibat terjatuh didalam bilik air. Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. Allahyarham sebelum ini telah menerima rawatan di IJN kerana masalah jantung. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said mengesahkannya.

Semoga Allah  mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Salam takziah juga untuk seluruh keluarga dan  kaum kerabat.


Sedikit tentang DUN Kerdau:

N.28 kerdau
Pru 2004 -pemilih 8027
Majoriti - 2565 (40.67%)
Calon bn ( redzwan harun) - 4436 (70.33%)
Calon pas ( abu bakar mohamed) - 1871 (29.67%)

Pru2008 - pemilih 8451

Majoriti - 1615 (24.22%)
Calon bn (zaharuddin kassim) 4135 (62.02%)
Calon pas (hassanuddin salim) 2520 (37.80%)


Ringkasan profil kawasan n.28 Kerdau, Pahang

Maklumat berdasarkan pru 2008:

Jumlah pemilih: 8451

Undi tolak: 122
Kertas undi dikeluarkan: 6789
Undi tdk kembali: 12
Peratus pengundian: 80.33%
Majoriti: 1615

Terdapat 13 daerah mengundi iaitu:

087/28/01 rumpun makmur
087/28/02 felda jengka 25
087/28/03 felda jengka 22
087/28/04 kg batu sawar
087/28/05 felda jengka 23
087/28/06 kuala tekal
087/28/07 pulau pasir mandi
087/28/08 kerai
087/28/09 lipat kajang
087/28/10 desa murni
087/28/11 kerdau
087/28/12 kuala kerdau
087/28/13 teluk sentang

Peratusan pengundi:

Melayu 89%
Cina 6%
India 3.7%
Lain-lain 2.5%



No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”