16 February, 2011

AZMIN LACURKAN SHAMSIDAR KEPADA ANU-ARR?








Wow! Kita sungguh terkejut dengan kenyataan  Ummi Hafilda terhadap abang dan iparnya. Memang memanaskan dan penuh sensasi, tapi jika tidak benar masakan Ummi sangup menuduh sehingga sampai ka tahap itu?


Maka, inilah kebenarannya, jadi mengapa kita tidak harus mempercayainya lagi?



Kuala Lumpur, 27 Jan- “Saya mohon pihak polis siasat kekayaan luar biasa Azmin dan isterinya Shamsidar. Azmin dengan relanya ‘melacurkan’ Shamsidar kepada Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram,” dakwa Ummi Hafilda Ali, adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ummi Halfida mendakwa, berkata, beliau mahukan kebenaran supaya yang batil itu dihancurkan, dileburkan dan mereka sewajarnya didakwa di mahkamah.
“Saya rasa sudah tiba masanya saya membersihkan nama. Saya cukup bersabar. Selama 13 tahun saya diaibkan dengan begitu hina,” katanya kepada para pemberita semasa membuat laporan polis di Bukit Aman di sini.

“Saya sudah bersumpah tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan ‘Baginda’ yang saya tidak kenali secara peribadi. Ini maruah diri saya yang saya akan bawa sampai akhir hayat diri saya,” katanya.

Beliau turut menggambarkan bahawa Nor Azman Abdullah @ Baginda anak Minda dan Raja Komando merupakan saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah dan akan bongkarkan sehabis-habisnya imbuhan yang mereka perolehi selepas menfitnah dan mengaibkannya.

” Saya juga akan membuat laporan fitnah jenayah yang dibuat oleh  Raja Komando atau Raja Jamaluddin Raja Abdul Wahid yang telah menjadi saksi palsu dalam kes Anwar pada tahun 1998 dengan mengheret nama Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin yang mengatakan kononnya saya seorang pelacur .

“Pada hakikatnya, Datuk Aziz Shamsuddin sendiri telah menafikan dengan sekerasnya bahawa beliau tidak pernah berkata seumpama itu terhadap saya kepada Raja Komando apatah lagi, beliau tidak pernah terfikir saya sehina itu.

Seterusnya, saya akan buat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger yang tidak bertanggungjawab seperti Tukar Tiub, TranungKite dan Ruang Bicara Pria Malaya yang menjadikan isu ini dengan menghentam kredibiliti saya sebagai seorang perempuan yang tidak bermaruah,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”