14 February, 2011

CALON PKR DUN KERDAU


Pemimpin rakyat sebenar, Haji Suhaimi Said Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau
(Foto ini diambil dari blognya sendiri)

Blog Pahang-Ku cuba membuat provokasi dan spekulasi bahawa Dato' Fauzi berminat untuk bertanding di DUN kerdau dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya tidak nafikan kemungkinan besar keinginannya untuk menjadi YB adalah sangat tinggi biarpun tubuhnya yang 'kemetot' itu tidak lah setinggi cita-cita politik peribadinya. Namun sebagai pemimpin utama PKR di Pahang, beliau tidak sepatutnya bersikap tamakkan jawatan dan perlu juga mengutamakan pemimpin bawahannya yang lebih layak untuk dicalonkan.

Sebagai Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said adalah calon yang lebih layak untuk dipertandingkan mewakili PKR. (Maaf!, kali ini Pas tidak perlulah menyibuk dan menuntut lagi bertanding bagi kerusi DUN ini, walaupun ramai melihat kali ini dan disini peluang Pas adalah lebih cerah dari PKR) Ini diasaskan oleh hubungannya yang erat dengan masyarakat tempatan terutamanya dengan orang asal. Hubungan dan peribadi beliau dilihat sebagi faktor penyumbang utama kemenangan beliau jika diberikan peluang bertanding. Cuma diharapkan agar Pas jangan melakukan apa-apa sabotaj dan menikamnya dari belakang.

Blog Pahang Daily Online menulis mengenai calon Pas dahulu sebagai calon yang sesuai untuk PRK DUN Kerdau nanti. Calon yang dimaksudkannya telah tewas dalam PRU dahulu dan saya berpendapat tidak wajar dipertandingkan semula selain dari alasan tamakkan kuasa. PDO tidak menyebut tentang calon berpotensi PKR yang saya sebutkan tadi mungkin kerana CMK sudah patah hati terhadap PKR lalu bersikap bias dalam membuat kenyataan.

Bagaimanapun, jika pembangkang ingin memenangi DUN Kerdau ini, Pas mesti beralah dan PKR patut calonkan Haji Suhaimi Said.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”