18 February, 2011

DIKIR NIK AZIZ UNTUK KERDAU





Salam kepada semua warga Pahang, khususnya pengundi di DUN Kerdau.

Nak kempen bersungguh-sungguh saya tak pandai sebab saya bukan orang politik. Saya pun tidak ada parti khusus yang saya menjadi ahli. Cuma saya melihat segalanya dari luaran saja, baik buruknya, benar salahnya sesuatu perjuangan didalam sesebuah parti.

Orang politik memang bijak bermain kata-kata. Kata-kata mereka selalu berlapik. Kadang kala boleh juga berubah seribu kali dalam sehari. Matlamat utama mereka adalah memenangi pilihanraya.

Parti kerajaan jika berjanji selalunya akan tunaikan janjinya sama ada cepat ataupun lambat, tetapi parti pembangkang janji mereka hanyalah taburan kata-kata sebagai halua telinga semasa pilihanraya saja.

Apapun, terimalah dikir barat yang dibawa khas dari Kelantan negeri serambi 'melukah' untuk hiburan dan panduan para pengundi di Pahang.

Kita telah memiliki apa yang kita perlukan selama ini, jangan kita menukar kerajaan untuk menjadikan kita kehilangan segalanya dan lebih susah dari sekarang ini. Jangan kita jadi seperti rakyat Iraq, membuang Saddam Hussein kemudian kehidupan lebih sengsara dari sebelumnya.



4 comments:

  1. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    ReplyDelete
  2. Cg Pian,
    Awak tk pernah masuh dn baca ke blog saya? Kalau awak membaca tentu awak menuumpainya, saya dh linkkan blog awak sejak mula awak berblog dulu lagi, tgk bebetul yerrr??

    ReplyDelete
  3. mcm mana nk link2 blog nih? ceq xreti sgguh lah...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”