Satu Pandangan seorang ahli poltik tentang pola pengundi Cina di DUN Tenang dalam PRK Tenang yang lalu. Keputusan PRK berkenaan telah memberikan kemenangan kepada calon UMNO / BN dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding keputusan sebelumnya.
Bagaimanapun yang menjadi persoalan adalah kenapakah undi kaum Cina tidak juga menyokong kerajaan? Kenapakah MCA sentiasa kalah oleh DAP? Atau apakah ada apa-apa permainan antara mereka? Kita perlu menyedari bahawa tamadun bangsa China telah ujud sejak 5 ribu tahun lalu sedangkan tamadun kita hanya bermula sekitar 500 tahun lalu.
Seperti saya nyatakan dalam posting dulu, kaum cina sangat pandai menyimpan rahsia mereka dengan tidak mengibarkan sebarang bendera di premis kediaman mereka bagi merahsiakan sokongan mereka.
Elok juga para peminat blog politik membaca tulisan Dr. Khir Toyo yang mengulas dengan baiknya persoalan tersebut. Bukan menidakkan blog politik poular lainnya, namun mereka hanya spin berita dan mengulas sambil lalu tanpa ada sebarang kupasan yang menunjukkan kematangan politik.
Sila Klik Blog Dr. Khir Toyo
http://www.drkhir.com/2011/02/prk-tenang-satu-pandangan.html
Bro,tak payah tanya undi cina mana.Tanya undi orang melayu mana,itu kan lebih afdal.Kesian lah orang melayu puak bulan dan puak mata.Yg mata sayik tengok bulan,berangan tak sudah2 hingga tak ada kesudahannya.Yg peliknya orang2 melayu kedua dua puak ni tak pandai berfikir ke?Agaknya nafsu mereka besarlah.Kot satu hari nanti bulan akan jatuh keriba agaknya.Kan begitu.Kah,kah,kah...
ReplyDelete