08 February, 2011

KERUSI N27 MERLIMAU; KENAPA DAP DAN PKR KURANG BERMINAT?

PRU 11 - 2004
Jumlah Pemilih - 10,026
Jumlah Keluar Mengundi - 7,824
Peratusan - 78.04%

PRU 12 - 2008
Jumlah Pemilih - 10,471
Jumlah Keluar Mengundi - 7,977
Peratusan - 76.18%


Terdahulu ada ura-ura PKR akan meletakkan 'pak lawaknya' Si- Sam Ketot' sebagai calon jika....JIKA diminta bertanding oleh rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat. Namun akhirnya ura-ura itu perlahan-lahan tengelam bagaikan kepala kura-kura menyelusuk disebalik cengkerangnya kerana malu.

Kalau PKR benar-benar hendak bertanding pasti kawan-kawan dalam pakatannya memberikannya jalan, tetapi sebenarnya PKR tidak benar-benar berminat kerana ada rasa cuak dan takut, bimbang dimalukan oleh BN. Bagi PKR biarlah Pas dimalukan sekali lagi selepas di telanjangkan di DUN Tenang dulu. Lagipun bagi PKR, Pas ini jenis yang tidak tahu malu dan tidak berkemaluan sama sekali.

Selain itu Pas juga berharap semangat kebangkitan rakyat di Mesir akan membantu mereka untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia khususnya di DUN Merlimau untuk bangun menentang pemerintahan kerajaan yang 'kunun' sudah terlalu lama. Mereka mungkin lupa bahawa senarionya lain sekali diantara Mesir dengan Malaysia.

Jika adapun rakyat yang ingin bangkit untuk menentang kerajaan yang pemerintahnya terlalu lama memerintah ianya adalah di negeri Kelantan. Kerana MB nya sudah terlalu lama dan masih tidak dapat membangunkan ekonomi negeri tu sehinggakan anak negerinya terpaksa berhijrah ke negeri lain termasuklah ke Singapura.

Jika memang benar DUN Merlimau akan ditandingi oleh calon dari Pas, ini bukanlah penghargaan tetapi sebaliknya adalah hukuman buat Pas. Kerana parti-parti lain sudah dapat menjangka gelombang BN yang sedang melanda semula dan akan mengalahkan siapa-siapa calon dari mana-mana parti sekalipun. PKR dan DAP enggan bertanding kerana hanya hendak membiarkan imej Pas terus rosak dan tercemar supaya mereka nanti boleh katakan bahawa parti kami masih kuat dan punya banyak sokongan, yang rakyat tolak hanyalah Pas.

Parti Pas memang bodoh kerana sedia menjadi bahan ujikaji parti-parti lain untuk menilai setakat mana sokongan rakyat terhadap kerajaan BN, apakah semakin meningkat selepas PRU 2008 lalu kerana perubahan pucuk kepimpinan dan dasar-dasar baru kerajaan. Yang akan jadi mangsa dan dimalukan tetaplah Pas.

Saya percaya, para blogger pro kerajaan sangat senang hati dan menanti-nanti untuk bertemu sekali lagi dengan blogger pro Pas dan pembangkang dalam gelanggang siber menjelang PRK Merlimau nanti. Kami tidak akan berikan mereka muka lagi kali ini.


2 comments:

  1. Mereka kurang minat sebab memang tahu akan kalah!!! Ha ha ha

    ReplyDelete
  2. parti PKR dan DAP hanya nak jadikan Pas sebagai bahan ujikaji setakat mana masih ada sokongan rakyat etrhadap pembangkang. yang bodohnya adalah Pas, bodoh sombong dan sombong bodoh, huuuuuuuu

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”