26 February, 2011

LAWATAN PM KE KERDAU ESOK





Dimaklumkan bahawa DSNajib akan mengadakan lawatan resminya ke DUN Kerdau esok bermula sejak 9.30 pagi. Dalam rangka lawatan berkenaan beliau akan melawat beberapa rancangan Felda serta beberapa kampong tradisi dalam DUN Kerdau. Tidak ketinggalan beliau juga akan melawat pekan Kerdau bagi bertemu rakyat dan menunjau sendiri pembangunan dan keperluan rakyat dalam DUN Berkenaan.

Menurut sumber, lawatan ini adalah dalam rangka lawatan biasa yang dirancang sejak lama dahulu dan tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil DUN Kerdau ini. Selain bertemu rakyat beliau juga tidak menolak akan pertemuan dengan calon BN bagi PRK DUN Kerdau yang baru diumumkan secara resmi oleh SPR pagi tadi.

Felda yang ditubuhkan oleh kerajaan pada era TUN Abdul Razak telah dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat miskin sehingga kini mereka sudah mampu memiliki apa yang mereka ada sekarang. Ada sebahagian peneroka yang bertanya apa yang mereka dapati selama ini? Soalan bodoh ini sepatutnya tidak perlu dijawab sesiapa kerana yang mereka dapat adalah Felda ini sendiri. Tidak ada Felda jika kerajaan tidak merancang dan membinanya. Serta jika peneroka itu tidak menyertai Felda sudah tentu mereka tidak akan berada disini waktu ini.

Sebahagian peneroka yang lemah fikirannya sangat mudah dihasut oleh pembangkang, dan mereka itu adalah diantara orang-orang yang tidak bersyukur. Memang mudah menabur fitnah seperti apa yang pembangkang lakukan, namun bukan mudah untuk merancang dan membangunkan apa yang telah berjaya kita bangunkan selama ini. Apa yang pembangkan sudah lakukan untuk kita? Apa faedah yang kita nikmati selama ini? Tanyalah diri kita sendiri dan jawaplah didalam hati serta jangan lupa untuk kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah dan terima kasih kita kepada kerajaan.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”