12 February, 2011

MESIR RUNTUH ATAS NAMA DEMOKRASI



Di Iraq, dengan nama demokrasi dan kebebasan namun akhirnya mereka lebih terhina!



Akhirnya Hosni Mubarak terpaksa juga berundur dan mengaku kalah. Rakyat Mesir telah menang dan manguasai kerajaan dengan pemberontakan. Secara tidak langsung tarikh kejatuhan kerajaan Mesir  hari ini sama dengan tarikh kejatuhan Iran 32 tahun lalu. Bezanya rakyat Iran terpaksa mengambil masa lebih setahun  sedangkan rakyat Mesir hanya memerlukan masa selama 18 hari saja untuk menundukkan Mubarak.

Persamaan lain adalah mereka kedua-duanya adalah boneka Amerika dan Yahudi Israel. Kita cuma berharap rakyat Mesir akan gembira dengan apa yang mereka usahakan dan berharap mereka tidak akan menyesalinya kerana kita tidak tahu agenda siapakah sebenarnya ini.

Kita tidak dapat lari dari anggapan bahawa sentiasa ada kuasa yang memanapulasikan kita dengan satu konspirasi besar yang kita tidak jelas. Justru, kita menggangap bahawa kita melakukan sesuatu yang betul namun akhirnya kita sedari bahawa kita telah lakukan kesilapan.

Apakah rakyat Iraq merasakan mereka lebih baik dewasa ini dari zaman dibawah pemerintahan Sadam Hussein? Apakah mereka tidak rasakan bahawa mereka yang lepas dari mulut harimau naman mereka telah terperangkap pula didalam mulut buaya?

Mengubah kerajaan memerintah bukanlah satu-satunya cara yang akan memberikan kebaikan kepada kita. Kita masih boleh memperbetulkan kesalahan dan kesilapan pentadbiran kerajaan tanpa mengubahnya. Mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan akan memberikan risiko yang besar yang kadang-kadang tidak terduga oleh kita sama sekali.

Kita boleh mengubah kerajaan sekiranya kita benar-benar pasti bahawa setelah sekian lamanya tidak ada perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan sebagainya serta hak-hak kita sebagai rakyat tidak pernah terbela sepertimana yang berlaku kepada negeri Kelantan dibawah pentadbiran Pas. Tandas-tandas awam seluruh Kelantan pun tidak mampu mereka bersihkan.

Kelantan bukan lagi serambi Mekah, sebaliknya hanya layak dipanggil serambi 'bermukah' dengan dengan ketidakmampuan Pas menangani masalah sarang-sarang kegiatan pelacuran secara haram yang semakin berleluasa.





2 comments:

  1. Ke mana hala tuju dan kiblat Mesir selepas Mubarak? Kita tahu dia teruk tapi apa jaminan pemimpin selepasnya akan lebih baik.

    Bagi saya senang sahaja nak kenali samaada seseorang dihantar oleh Amerika atau tak. Kalau selalu sangat sebut atau bawa agenda demokrasi, itu memang sah boneka Amerika.

    Kalau acapkali bawa agenda Islam, maknanya dia bankrap idea.

    Kalau bawa agenda bangsa, itulah sebenarnya pemimpin yang lahir dari masyarakat itu sendiri kerana dia memang sayang bangsa dia dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa asing.

    ReplyDelete
  2. satu lagi negara yang akan mengikut jejak langkah irag, iraq, afhanistan palestin..kah...kah...kah....khhhhh

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”