Nasib baik korang pegang aku, kalau tak dah tentu leper budak Azmin tu aku lanyak
PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.
Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.
Nampaknya para pemimpin Pas semakin banyak bersuara, selain dari memberi fatwa-fatwa berkaitan agama, mereka juga sudah semakin berani menegur pemimpin PKR pula. Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Mustafar Ali menegur Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Kita boleh menerima kenyataan sekiranya Presiden Pas sendiri yang membuat teguran itu, tetapi ini datangnya hanya dari seorang Setiausaha Agung saja. Apakah Pas sengaja ingi menghina Timbalan Presiden PKR sedemikian rupa?
Dalam kes PRK DUN Kerdau juga nampaknya PKR kurang berpuashati kerana Pas tidak menunjukkan sikap persahabatan mereka yang enggan mengalah serta memberikan kerusi DUN Kerdau kepada PKR. Nampaknya Pas masih tetap tamakkan kuasa.
kalau dengan azmin memang pas kena tamak. apa hal nk bagi kerusi kerdau pd pkr bertanding? bongok sgt kalau bg pd pkr. baik x payah bertanding. dpd letak calon pkr, baik letak kambing berjubah hijau di kerdau...kuang!kuang!kuang!
ReplyDelete