13 February, 2011

PAS PARTI EKSTREM DAN MILITAN



Agama ajaran parti mana yang mengajar umatnya sehingga sekeji ini merendahkan darjatnya sebagai manusia dan menyamakan taraf mereka dengan lembu-lembu ditepi jalan?


Parti mana yang menggalakkan pengikutnya bertindak kasar sebegini kalau bukan Pas?


Pengikut parti mana yang sanggup memperjuangkan DAP kafir harbi kerana taksub mengikut arahan pemimpin mereka?


Parti mana yang sentiasa merasakan bahawa apa yang mereka lakukan sentiasa betul dan kerana Allah sedangkan Allah tidak sekali-kali merelakan apa yang mereka perbuat itu?


Agama ajaran parti mana yang sanggup mendoakan kemusnahan orang lain 
hanya kerana perbezaan fahaman politik?

Didalam Pas sudah ada kumpulan-kumpulan yang menuju 
arahnya masing-masing dengan ideologi masing-masing




Akhirnya tanpa disedari mereka akan terpesong jauh dari agama sebenar 
hanya kerana perjuangkan agenda politik mereka




Pas mengajar anak-anak jadi taksub sejak mereka di tadika lagi. Apabila mereka besar dan belajar diluar negara, ahli-ahli Pas akan terus menanam kebencian mereka kepada kerajaan. Itulah apa yang terjadi kepada seorang pelajar yang menulis yang dikenali dengan nama Arfah Mawaddah, itu lah benih yang disemai oleh Pas selama ini.
Pas sedang menuju kearah Islam yang radikal dan ekstreem seperti di sebahagian negara teluk. Pas sedang membentuk kumpulan militannya. Pas tidak mustahil akan menghuruharakan negara dengan pemberontakan yang mereka cadangkan dengan mengambil cara rakyat di Mesir.

Pas sudah lama patut diharamkan.

Buruknya parti Haramjadah Pas. Jika bukan memutar fakta, bukanlah Pas namanya. Jika bukan perguna agama untuk kepentingan politik bukan juga Pas namanya. Baca kenyataan presiden Pas Tok Garu Haji Hadi dibawah ini:




KUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan ‘PAS Ganti Umno (PGU)’ merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar.


“Namun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,” ujarnya.

Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.

Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.

“Kita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya.

“Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Pandangan blogger Bahtera Merdeka seperti berikut: kata-kata Haji Hadi dalam usahanya untuk memikat hati penyokong adalah bermaksud:
  1. Pas hendaklah terus berdakyah dan menyebarkan penipuan fakta dan sejarah bahawa "UMNO tidak melakukan apa-apa mengembangkan risalah Islam", jika Parti Melayu Pas ingin menggantikan UMNO.
  2. Untuk buat perubahan, Pas perlu mengamalkan politik nasional yang mengambilkira kepelbagaian kaum dan agama. Pas perlu ikut amalan baik sepertimana yang dicapai oleh UMNO selama ini jika ingin memenangi pilihanraya.
  3. Persahabatan dengan DAP adalah kerana faktor kemiskinan dan ahli-ahli tidaklah wajar mempertikaikan dengan menggunakan hujah dan dalail yang lain.
  4. Persahabatan dengan PKR kerana masalah Anwar Ibrahim dizalimi. Kerana itu ahli-ahli hendak bangun berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dari kes salahlaku sex peribadinya.

2 comments:

  1. Dah orang PAS belajar agama kat Pentas Ceramah nak buat cam mana lagi.

    ReplyDelete
  2. dap parti orang miskin dan pkr parti orang teraniaya?

    tanyalah pemimpin dap berapa harta yang mereka ada. Lihatkan karpal singh, berapa kos guaman yang perlu dibayar untuk upah dia anak beranak?

    pkr bukanlah parti orang teraniaya sebaliknya parti menganiaya diri sendiri..anwar bersalah kerana dia sendiri meliwat orang..adakah peliwat itu dianiaya ataupun mangsa yang diliwat itu sengaja nak naya si peliwat?

    renung renungkanlah.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”