Makkkk! Tolongggg anjing kejarrrr......, hehehe
Saya silap! Saya pernah menjangkakan bahawa dalam PRK DUN Kerdau dan Merlimau yang sedang berlangsung ini akan berlaku pertentangan hebat diantara blogger pro kerajaan dan blogger pro pembangkang sebagai kesinambungan dendam dalam PRK di DUN Tenang dulu. Rupa-rupanya itu tidak berlaku sama sekali dalam PRK kali ini. Apa yang kami hadapi kali ini adalah ketiadaan pertentangan sama sekali.
Apakah ini kerana PRK di DUN Kerdau dan Merlimau diadakan secara serentak yang membuatkan kekuatan blogger pro pembangkang terbahagi dua? Mungkin juga dalam PRK kali ini mereka ketandusan isu? Tapi yang pastinya adalah sokongan terhadap pembangkang di alam siber ini sudah semakin berkurangan akhir-akhir ini.
Bukan saja di laman-laman blog yang sudah semakin dingin dan sepi bahkan di laman facebook sekalipun kehangatan terhadap perang siber diantara kedua-dua pihak sudah menjadi semakin dingin. Ada yang mungkin tertanya-tanya apakah punca segalanya ini?
Jawapannya mudah saja; Pembangkang sudah hilang sokongan dan simpati dari rakyat. Tentu kita juga mendengar berita-berita mengenai blogger yang sudah berpaling arah dan insaf kerana menyedari selama ini meeka berada dan berjuang sia-sia kerana menyebelahi pihak yang salah. Bahkan banyak kalangan politikus juga yang berubah arah.
Secara rasionalnya tentu kita sendiri sedari dan akui bahawa tidak ada kebaikan yang kita dapati dengan menyokong pihak pembangkang ini. Janji mereka adalah janji dusta semata-mata. Jika kita mengharap mereka akan membawa pemerintahan yang lebih baik lagi ternyata Selangor, Pulau Pinang dan Kedah mampu membuktikan kegagalan pemerintahan mereka.
Pas di Kelantan selama lebih 30 tahun hanya mampu memberikan janji syurga sedangkan 'tiket' ke syurga ataupun 'kunci' syurga masih tetap tidak mampu mereka berikan, dalam kata lain, mereka tidak mampupun memberikan rakyat keyakinan terhadap janji-janji mereka itu selama ini.
Di Kerdau dan Merlimau, saya melihat bahawa pembangkang khususnya Pas sudah kalah lebih awal, demikian juga para blogger penyokongnya yang sudah hilang semangat juang. Apabila mereka sedar mereka dipihak yang salah, keberanian mereka juga semakin pudar, ayam pun mereka nampak arang bagaikan anjing yang menerkam.
Kah kah kah! Selamat jalan Pas.
Kah..kah..kah.. Selamat jalan PAS.
ReplyDeleteKah..kah..kah.. Selamat tinggal PAS
Kah..kah..kah.. Boleh belah PAS
apa mau celita lg maa..
ReplyDeletemerlimau dan kerdau adalah kawasan Melayu Islam maa...Melayu Islam adalah UMNO teras BN...adapahamka Nikajis?...lu tunggu itu tabung tupperware punohka...aiya kasi malu sama wa maa....
lu mau wang itu wa ada satu kandang babi lu pg amek jual maa...
wait & see
ReplyDelete