10 February, 2011

PRK MERLIMAU: PAS vs UMNO DAN BLOGGERS vs BLOGGERS




Pilihanraya Kecil DUN Merlimau N-27 kali ini saya rasakan akan menjadi sangat menarik. Ini kerana saya merasa bahawa banyak pihak akan mendajikan PRK kali ini sebagai indicator kepada pengaruh masing-masing.

Dipihak pemangkang, mereka sudah merasakan bahawa mereka akan kalah lagi, justru itu PKR dan DAP masing-masing kurang berminat untuk bertanding dengan berbagai alasan kerana mereka enggan 'mengotor'kan rekod kemenangan mereka sebelum ini dan andai calon Pas kalah, maka mudah bagi mereka berlepas tangan dan menuduh itu dan ini, hanya Pas saja yang maih bodoh dan percaya bahawa mereka akan dapat sokongan sama ada dari rakyat dan parti sahabatnya, PKR dan DAP.

Bagi PKR dan DAP, andai calon Pas menang, maka akan dicanangkanlah ini kemenangan bersama dan berkat sokongan dan penyokong-penyokong mereka. Mereka akan kata bahawa rakyat masih sokong mereka dengan segala pelan yang mereka buat untuk rakyat (termasuklah pelan 100 hari yang tak menjadi).

UMNO mesti menang lagi seperti di Tenang dulu. Sama ada dengan sokongan pengundi cina atau tidak. Ini kawasan majoroti Melayu tentu mudah bagi UMNO untuk menambat hati rakyat. Pemimpin harus turun ke Merlimau seperti dulu dan memberikan keyakinan kepada orang-orang Melayu kenapa kita mesti bersatu, pasti mereka akan memberikan sokongan yang padu dan undi yang lebih besar.

Bagi BN, PRK ini akan juga menguji sokongan Melayu kepada UMNO dan parti-parti komponen akan melihat kekuatan UMNO telah kembali sama ada dengan atau tanpa MCA dan MIC. Apabila mereka sudah melihat UMNO semakin kukuh, pasti mereka akan kembali semula memberikan sokongan. Kita sudah faham resmi mereka ini, bagaikan lalang ditengah padang.

Selain dari parti-parti yang bertanding, yang akan berentap kuat dalam PRK kali ini adalah para blogger dari kedua-dua pihak. Blogger pro pembangkang tentunya akan berusaha lebih ganas kali ini merana ingin membalas dengan mereka pada kekalahan di Tenang. Bagaimanapun saya percaya blogger pro kerajaan pun sudah tidak sabar menunggu mereka untuk dimalukan sekali lagi. Apa kata Gomo agaknya?

 Di Tenang dulu, para blogger pro kerajaan telah lakukan tugas dengan baik. Mereka berkeerja sebagai satu pasukan yang mantap sangat terurus. Satu sasaran pada satu masa yang tepat telah membuatkan calon Pas tumbang. Blogger pro pembangkang nampak celaru dengan terlalu banyak isu yang ingin dimainkan sehingga suara mereka akhirnya tidak langsung kedengaran.

Tiak banyak isu yang ada yang dapat dimainkan ole Pas kali ini, namun saya menjangka mereka akan turut mainkan isu Mesir, sama ada isu pelajar-pelajar yang terperangkap di Mesir ataupun isu rakyat Mesir yang memberontak supaya ada rakyat Malaysian yang juga ingin memberontak.

Jika Mubarak ditolak kerana memimpin Mesir terlalu lama, mungkin Kelantan harus memulakan pemberontakan rakyat kerana Nik Aziz sudah memerintah Kelantan juga terlalu lama. Hehehe! Apa lagi yang pembangkang nak?

2 comments:

  1. Salam bro. He he he utk merlimau kita dah siapkan sasarannya. Macam lu ckp, nik ajis babi tu kita lanyak. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam,
    aikkk! cepatnya Gomo, aku publsih je ko dan komen. ni yg buat blogger pro pembangkang akan terberak di Merlimau nanti....kasi tarok bro...sampai dia org belakang pusing...hehe..pusing belakang je kita tibai dari belakang...anu arr pun main belakang...kan? huhu

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”