DS Najib ketika perkenalkan calon BN kepada umum
Seperti yang saya maklumkan semalam, hari ini adalah hari yang sibuk dalam jadual lawatan PM ke DUN Kerdau sempena PRK ini. DS Najib memulakan harinya dengan tiba di Felda Jengka 23 untuk bertemu dengan para peneroka disana.
Selanjutnya beliau bertemu pula dengan para peneroka di Jengka 22 dan diikuti oleh Jengka 25. Selain dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Felda. Justeru, kedatangan nya pada hari ini banyak membantu menyelesaikan masalah yang tertunggak selama ini dan menghilangkan keraguan para peneroka semua.
Peneroka sepatutnya menyokong penuh kerajaan kerana atas idea dan komittmen kerajaan BN lah ujudnya tanah rancangan Felda ini. Kerajaan BN juga bersungguh-sungguh membantu rakyat untuk membangunkan ekonomi mereka. Kejayaan BN membangunkan Felda telah dijadikan sebagai model bagai pembangunan negara-negara lain didunia ketiga.
Kerajaan Pas Kelantan juga cuba meniru model Felda ini dengan menwujudkan projek yang dinamakan Ladang rakyat, namun ianya tidak berkesampaian kerana tidak ada kesungguhan mereka selain dari mendapat 'political millage' semata-mata.
Selain dari lawatan ke Felda-Felda, PM juga berkesempatan melawat dan bertemu dengan penduduk-penduduk perkampongan tradisional lainnya dalam DUN Kerdau ini. Pertemuan berkenaan diadakan di Kampong Batu Sawar pada jam 3.00 petang tadi. Selepas itu PM turut melawat pekan Kerdau untuk bertemu rakyat dikawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”