17 February, 2011

TUAN IBRAHIM TUAN MAN CALON PAS KERDAU





Menurut beberapa akhbar tempatan, antara nama-nama calon Pas bagi DUN Kerdau adalah Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim, bekas calon yang tewas dalam PRU12 lalu.

Bagaimanapun, antaranya nama Tuan Ibrahim Tuan Man lah antara calon pilihan pertama yang disebut-sebut akan mewakili Pas dalam PRK Kerdau ini nanti.

Mengenai spekulasi Pas akan menyerahkan DUN Kerdau ini kepada PKR, menurut sumber yang dipercayai berkata mereka tetap akan bertanding di Kerdau kerana bimbangkan calon dari parti lain tidak akan tetap pendirian serta akan melompat parti.

Ditanya apakah kemungkinan perbuatan melompat parti dikalangan ahli Pas akan tetap berlaku, mereka menjawab isu itu tidak timbul dikalangan Pas kerana ahli Pas lebih setia kepada parti. Mungkin ini ada kaitan dengan 'baiah' yang hebat diperkatakan tidak lama dulu.


1 comment:

  1. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”