Mesir negara peradaban awal. Tamadun yang membina piramid. Negara para anbiya nabi Musa dan Firaun. Negara moden pusat kebudayaan Arab dan Islam. Negara yang mempunyai institusi agama yang masyhur dan tertua di dunia Universiti Al-Azhar, Kaherah melahirkan ramai ulamak gred A bertaraf dunia.
Mesir negara yang punya ramai ulamak tersohor gagal mendisiplinkan rakyat dan pemimpinnya dari menghuruharakan negara. Mesir sudah tidak aman, tidak stabil politiknya. Keadaan menjadi kelam kabut bila harga makanan dan bahanapi melambung naik dan bekalan terhad, semua orang membawa parang, pisau, pedang, kayu dan apa-apa sebagai langkah keselamatan. Kedai-kedai dan pasarraya dijarah. Bank-bank ditutup dan rakyat tidak bekerja. (Klik ke blog asal)
Demikianlah kegagalan para ulamak (tersohor) dalam memimpin masyarakat. Di negara kita pula ada kehendak para ulamak (yang tidak tersohor langsung) untuk memimpin masyarakat seterusnya memimpin negara. Di negeri yang mereka pimpin pun mereka kelihatan gagal untuk memberikan ekonomi dan pembangunan untuk rakyatnya setelash berpuluh tahun memerintah.
Kerana kegagalan memberikan kehidupan duniawi maka pemimpin ulamak itu menjanjikan mereka pula akhirat dengan alasan untuk apa mengejar dunia kerana akhiratlah yang akan kekal. Yang hairannya mereka serta sanak-saudara serta kaum kerabat berlumba-lumba juga mengejar dunia. Maka tinggallah orang orang-orang tua di kampong-kampong dalam kemiskinan kerana hanya mengharap janji akhirat dari pemimpin mereka dan hidup menderita didunia ini.
Jikalau di Mesir, kegagalan pemimpin dan kegagalan para ulamak membantu para pemimpinnya mentadbir negara membuatkan rakyat memberontak, tidak mustahil juga di negara kita nanti, di negeri-negeri yang rakyatnya dalam kesusahan akan bangkit memberontak menentang para ulamak yang memimpin hanya untuk menunjuk jalan akhirat kepada rakyatnya, sedangkan mereka sendiri merebut dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”