12 March, 2011

30 RIBU PENGUNDI HANTU AKAN DATANG KE SARAWAK?


BN Sarawak yakin boleh. DS Najib pasti boleh!


Mungkin itu agaknya nanti tajuk berita yang akan disiarkan oleh media pro pakatan pembangkang menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak kelak. Isu dan alasan lapuk yang diulang mereka berkali-kali untuk membohongi rakyat dalam setiap pilihanraya. Andai mereka menang, mereka akan mendiamkan namun andai mereka kalah, maka itulah yang akan dicanangkan.

Kerajaan BN sangat prihatin terhadap hak-hak rakyat termasuk hak mereka sebagai pengundi, justeru itu kerajaan negeri Sarawak menyeru rakyat Sawarak yang berkerja dan bermastautin di luar negeri bahkan luar negara supaya pulang untuk mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

Ini adalah petunjuk dan petanda bahawa Pilihanraya Negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu semua pihak termasuk parti-parti politik di Sarawak akan bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya itu kelak. Sudah tentu parti pakatan pembangkang juga sudah bersiap sedia dengan tohmaan mereka bahawa ujudnya pengundi hantu apabila rakyat Sarawak berkenaan pulang untuk mengundi. Sekiranya mereka tewas sudah tentu juga alasannya suah mereka siapkan dengan menyalahkan Kerajaan, SPR, UMNO BN dan sesiapa saja.

Mereka tidak pernah menyalahkan pemimpin mereka yang sudah tidak relaven lagi seperti Nik Aziz dengan cara fikiran kolotnya itu serta DAP dengan sikap rasisnya itu. Parti pembangkang di Malaysia bukanlah pembangkang yang baik bagi membangunkan negara kita, mereka lebih banyak memusnahkan dari menjalankan tanggungjawab mengimbangi dan memantau pemerintahan kerajaan dengan cara yang betul.


MIRI: Lebih 30,000 rakyat Malaysia yang bekerja mahupun bermastautin di negara Brunei diseru untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan kewajipan mengundi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk menarik mereka supaya pulang ke tanah air bagi menunaikan kewajipan berkenaan.

“Kita sentiasa berusaha untuk menarik mereka (rakyat Malaysia di Brunei) supaya balik ke Sarawak untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya (negeri) yang akan datang ini,” kata Dr Chan semalam ketika diminta mengulas mengenai lebih 30,000 rakyat Malaysia yang dikatakan berada dan bekerja di Brunei.

(Sumber dari blog Rajahmas dari Borneo Post)

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”