05 March, 2011

ANAK-ANAK PERANTAUAN, PULANGLAH MENGUNDI !











Kepada semua sahabat-sahabat dan saudara mara anak-anak Kerdau dan Merlimau diperantauan, kami merayu agar pulanglah untuk membuang undi. Setiap undi yang kita berikan itu adalah perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Calon UMNO BN mesti dimenangkan dan Pas mesti dikalahkan. Ini adalah perjuangan kita demi masa depan generasi akan datang.


Kenapa Pas mesti dikalahkan?:

1. Kemenangan UMNO BN adalah kemenangan Melayu kerana BN masih diketuai oleh UMNO.
2. Kemenangan UMNO BN bermakna kemenangan Islam kerana UMNO masih mentadbir dan mengetuai BN dan menentukan halatuju negara.
3. Kemenangan Pas bermakna kemenangan DAP kerana dalam pakatan pembangkan DAP lah yang mengetuai dan menentukan halatuju pakatan pembangkang
4. UMNO dan BN yang mentadbir kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Islam adalah agama resmi
5. DAP telah memberi amaran kepada Pas bahawa 'langkah mayat mereka dahulu' jika ingin membentuk keajaan Islam dan melaksanakan hukum hudud
6.UMNO tidak memecahbelahkan rakyat tetapi pas telah membezakan antara kita dengan mengharamkan UMNO dan menghalalkan Pas
7.Pas tidak mampu membuat DAP memeluk Islam sebaliknya hanya membuat Pas memeluk DAP
8. Jika Pas kalah bangsa Melayu akan bersatu didalam parti UMNO
9 Apabila Melayu bersatu, bangsa lain akan melihat kekuatan Melayu dan tidak akan berani mengugut kita dan cuba menghakis ketuanan bangsa kita
10......kita boleh memberi 1001 alasan mengapa kita perlu mengalahkan Pas.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”