1. Malam semalam Anu arr dijemput berceramah di Rumpun Makmur oleh pembangkan Pas. Pentas Pas hanya kira-kira 100 meter dari Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Sekoh, Rumpun Makmur dimana Ummi Hafilda dijadual berceramah terlebih dahulu. Soalan saya yang pertama timbul dalam benak saya adalah kenapa pihak Pas sanggup menginaya dan mengkhianati Anu arr dengan menjemput Anu arr sedangkan mereka terlebih dahulu sudah mengetahui Ummi akan berceramah disini? Apakah mereka sengaja merancang untuk mengaibkan Anu arr? Kasihan Anu arr, beliau bukan saja sudah dikhianati oleh lawan, malahan kawannya pun sudah mula mengkhianati Anu arr. Beginilah resam bila orang sudah kehilangan kuasa!
2. Dalam ceramah Ummi, beliau mendedahkan satu persatu keburukan Anu arr dan menelanjanginya sehingga mendedahkan 'kemaluannya' yang selama ini diselindungi. Bermula dari soal politik wang dimana Anu arrlah yang memulakannya didalam UMNO terutama dalam usaha merampas jawatan TPM dari Ghaffar Baba. Ummi menceritakan bagaimana Ketua-Ketua Bahagian dirasuah untuk memastikan bahagian mereka mencalonkan beliau.
Selain itu yang paling hangat adalah ketika Ummi menceritakan skandal Anu arr dengan Kakak Iparnya Shamsidar satu persatu. Anu arr yang mendengar ceramah Ummi ketika itu dicabar berkali-kali untuk menjawabnya tetapi Anu arr hanya membisu. Ummi juga mencabar Anu arr jika beliau (Ummi) bersalah, samanlah beliau kerana katanya Anu arr memang terkenal dengan individu sebagai penyaman. Hakikatnya Anu arr tidak pernah dan tidak berani menyaman Ummi. Kita percaya bahawa Anu arr terpaksa menjaga 'kemaluannya' dan telornya kerana jika beliau menyaman Ummi dan perkara ini dibawa ke mahkamah maka lebih banyak lagi rahsianya akan terbongkar.
Malam semalam saya menyaksikan bahawa Anu arr ditelanjangkan oleh Ummi, beliau dimalukan oleh Ummi. Beliau dicabar berkali-kali oleh UMNO dengan kata-kata kesat, namun Anu arr hanyalah kelihatan sebagai seekor tikus yang menyuruk dicelah kangkang...oppppp!! dicelah longkang!
Rumpun Makmur telah mencatat sejarah bahawa Anu arr sudah tidak lagi bagai seekor harimau yang garang dan ditakuti, kerana taringnya sudah hilang dan kukunya pun sudah tidak lagi tajam untuk mencakar. Anu arr bukan lagi seeokor singa, Anu arr hanyalah seekor 'anjing kurap' yang dipinggirkan oleh kawan dan lawan.
3. Nantikan rakaman ceramah Ummi di Rumpun Makmur sebantar lagi, insyallah! Terima kasih kepada sahabat saya di Rumpun Makmur, 'Orang Kampong' yang banyak memberikan sokongan kepada saya.
bro. mlm xd memang bestlah. kwn rasa kita patut berikan pujian pd penyokong ke2 belah pihak yg sporting dan lansong xambik pot.pihak polis pon berjaya mengawal keadaan.aman betoi siap boleh pekena teh sambil nengor umi belasah blader anWAR. APAKATA MLM SOK KITA CABAR BLADER anWAR BERAMOK NGAN UMI ATAS SATU PENTAS,XKIRALAH PENTAS UMNO ATAU PENTAS PAS.ADA BERANI KE DIER.KLU JD KOME XGI NOREH XPE MCM MLM XD.MASA NI KOME NOREH MLM KECUALI MLM JUMAAT.MLM TU MNE BLH GI NOREH.CERAI DEK BINI KLU GI GAK.HE HE HE
ReplyDelete