ParpuKari tiada dalam gambar dan namanya tidak juga tertulis diakhbar ini
Bukan perkara baru bila pembangkang berlagak sebagai juara kepada kebebasan bersuara. Dengan sokongan dan inspirasi dari negara luar, pembangkang mewar-warkan bahawa dinegara kita masih belum benar-benar mengamalkan kebebasan bersuara terutama dalam media cetak @ akhbar.
Namun dalam setengah-setengah hal, terutama apabila akhbar menyetakan sesuatu yang benar mengenai keburukan dak kesalahan mereka maka mereka juga telah menghalang dan memboikot akhbar-akhbar berkenaan. Mereka melabelkan akhbar tertentu sebagai media arus perdana yang 'kunun'nya hanya bertindak menyokong kerajaan.
Bagaimana pula apabila akhbar atau makalah terbitan mereka yang terang-terang menyebarkan fitnah dengan memburukkan kerajaan dan berat sebelah dalam melaporkan sesuatu berita itu? Apakah kebebasan bersuara bermakna hanya menyokong apa yang pembangkang kata? Atau membebaskan para pembangkang berkata apa saya dengan mmburukkan kerajaan wahal segalanya itu hanyalah fitnah semata-mata?
Ketika kerajaan UMNO BN terpukul hebat dalam PRU12 akibat peranan yang dimainkan oleh media sosial (media baru), kerajaan tidak pun menghalangnya dari terus berkembang. Memang ada sebahagian dari kalangan pemimpin tertinggi memandanh reneh terhadap peranan media sosial pada peringkat awalnya bahkan ada yang menyifatkan blogger sebagai 'beruk', namun UMNO dan kerajaan akhirnya dapat menyerapkan dan menjiwai media sosial ini yang akhirnya mampu membantu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan sejak akhir-akhir ini.
Nyata pada akhir-akhir ini media sosial yang dahulunya dikuasai oleh pembangkang sudah lemah dan dapat dikalahkan bahkan sudang dikuasai oleh pihak yang pro kerajaan. Ini terbukti dalam beberapa PRK akhir-akhir ini blog-blog serta facebook dan twitter dipenuhi dengan sembang dan pendapat yang dikuasai oleh pihak pro kerajaan. Pembangkang sedar bahawa mereka sudah ditewaskan dalam media sosial oleh pihak pro kerajaan.
Beberapa hari kebelakangan ini beberapa blog pro kerajaan sudah di 'cerobohi' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang tidak menghormati lagi kebebasan bersuara selama ini, yang mereka sendiri 'kunun'nya perjuangkan. Ini adalah satu perbuatan terancang memandangkan PRN Sarawak akan berlangsung dan mereka tidak mahu media sosial yang pro kerajaan menyatakan kebenaran dengan menyangah pembohongan yang akan mereka perbuat tidak lama lagi.
Beberapa laman blog sudah diserang, antaranya termasuklah blog Che Det sendiri. Beberapa blogger tersohor dalam ranking teratas telah disenaraikan untuk dicerobohi bagi melumpuhkan penyebaran maklumat yang menyokong kerajaan. Bahkan beberapa blogger juga secara peribadinya sudah dan sedang cuba dipalitkan dengan fitnah. Semalam sahabat saya blogger 'ParpuKari' telah 'kunun'nya digambarkan sedang meminum minuman keras sedangkan itu adalah fitnah yang nyata.
Kita harus menyedari bahawa pihak pembangkang sekarang ini selain dari menyerang para pemimpin, mereka juga menyerang media masa yang dikuasa oleh pihak pro kerajaan, menyerang blog-blog dan sebagainya bagi menyekat kebebasan bersuara yang sedang kita laksanakan, bahkan kebebasan bersuara itulah yang selama ini mereka 'kunun'nya perjuangkan. Pembangkang tidak pernah berkata benar, tidak pernah mengotakan janji mereka. Mereka adalah pengkhianat bangsa dan tanahair, dari kalangan mereka ini ada Melayu yang bernama Pas dan PKR.
Fitnah kepala bapak ko...
ReplyDeleteOoo! Kepala Bapak ko! ishh kepala bapak, Bapak Jin ...hehe..dah panas ke bro? Jin dan setan ni memang asal dari api tetapi cepat juga panas, hehe
ReplyDeletebelum dapat kuasa dah nak sekat2.. kalau dah dapat perintah negara abis semua yang berkaitan dengan BN semua di sekatnya.. jangan bagi muka kat babi2 pembangkang ni bro.. kalau dulu mereka boleh serang dari pelbagai sudut.. sekarang kita pulak serang dia macam mana dia serang kita dulu.. banzaiii...
ReplyDeletesalam orangmelaka,
ReplyDeleteya! kita akan serang mereka dari pelbagai sudut: kiri,kanan dan depan....melainkan dari belakang. sbb kalau kita juga menikam dari belakang....samalah kita dengan dia tu, huhu
jom kita serang pakatan haram! wahai DApigs, P Gay R, PASberg..skrg kau baru tau ye
ReplyDeletehaha..sebelum ni take beer. tgk2 rupanya guinness vs tiger lagi. Mantop parpu kari..haha
ReplyDeleteSalam Bro BH. Tulisan lu tetap mantap dan berbisa. Maka itu tak hiran bila ada jin setan sesat di sini yang terasa bahangnya walaupun berasal daripada api. Hee
ReplyDeleteAkhir-akhir ini jelas mereka mula menyerang beberapa personiliti blober mesra kerajaan. Kita faham, mereka kian terhimpit dan tertekan kini lantaran limpahan peluru yang ditaburkan tak termampu mereka menangkisnya.
Apa-apa pun, bersyukurnya aku dengan kewujudan golongan blogers sewaktu dengan lu bro. Teruskan serangan. Percayalah bahawa tiap patah kata yang diketengahkan itu sesungguhnya penting dalam perjuangan agama, bangsa dan negara ini.
ye ker..ishkhhhhh..aku rasa sama jer baik BN ker PKR ker dua haram jadah merosakkan negara..penokong dua2 perangai cam samseng..puak ni tuduh yang tu puak tu tuduh yang ni..walhal dua2 ekor cam babi bangkai haram jadah..rakyat biasa cam aku jugak yang merana.
ReplyDelete