13 March, 2011

BLOGGERS PRO KERAJAAN - MENINJAU MASA DEPAN


  
BPN - Perintis Gabungan Bloggers Pro Kerajaan



1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.


Rujukan Blog:
PapaGomo



9 comments:

  1. Itulah masalah utama BLOGGER LAPANGAN / Filed bloggers- Media Pass

    Masalah lain adalah pre by election meeting dan post election/post mortem meeting

    Sewajarnya dibuat perjumpaan secara tertutup supaya pertemuan dari hati ke hati nanti tidak dimanipulasi oleh pembangkang

    Saya bersetuju agar Tun Faizal menjemput secara khusus blogger yg terlibat dan blogger blogger lain

    Kalau saya tak dijemput tak mengapa-saya hanylaha bloggers pembantu - saya mohon satu penyelesaian yang terbaik demi perjuangan Alf Ba Ta dan Ugama Islam yang etrcinta ini- Salam dari saya untuk semua

    ReplyDelete
  2. AKU MOHON KALIAN BERSATU HATI MENEMPUH GELORA PERJUANGAN INI

    WALAUPAN SAKIT DAN PEDIH, JANGAN INI MENJADI ALASAN MEMBAKAR BENDERA MELAYU YANG TERCINTA

    TAHNIAH, KAMI SANGAT2 MENGHARGAI USAHA KALIAN

    ReplyDelete
  3. Terbaik, harap ada penyelesaiianya. BPN terus mekar

    ReplyDelete
  4. Malas pergi buat kerja-kerja yang bukan kerja tapi membuang masa.

    ReplyDelete
  5. Masaalahnya ramai dari mereka tidak percaya pada Tun Faisal lagi.

    Inikan pula Tun Faisal yang membalas dengan permainan fitnah dan cerita rekaan.

    Tak ada guna Tun Faisal usahakan kerana dia susah untuk dapat sokongan lagi.

    ReplyDelete
  6. semoga kita ada sebuah badan berdaftar menjaga bloggers yang ikhlas berjuang.

    perkara ini perlu dirancang dengan teliti dan kalau boleh hanya bloggers tidak pandai pau orang sahaja diajak sertainya.

    kadangkala jika beribu-ribu belalang boleh memusnahkan ratus ribu ekar tanaman walaupun kecil.

    brave memang penuh semangat sejati dari dulu kini dan seterusnya.


    tulis kerana ALlah untuk kehidupan umat Islam di Malaysia yang lebih aman dan makmur.

    ReplyDelete
  7. salam sahabat semua,
    memang bangsa Melayu kita ini sukar untuk bersatu tetapi lebih mudah untuk berpecah-belah. sekian lama dan beberapa kali sudah saya usahakan untuk mencari penyatuan tetapi malangnya semuanya berakhir dengan kekecewaan. bukan sekali kecewa malah berkali-kali, bukan sekali mencuba, juga berkali-kali untuk kali terakhir ini saya ingin nyatakan bahawa saya sungguh kecewa dan saya akui saya gagal. nokhtah. dan saya tidak akan ada upaya untuk melakukannya lagi, namun saya menyokong siapa saja yang mampu melakukannya...

    ReplyDelete
  8. ada masa lawat2 la bos di blog saya..sama2 kita kongsi pendapat..Tq Bos..

    http://sabahkita.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. ada masa lawat2 la bos di blog saya..sama2 kita kongsi pendapat..Tq Bos..

    http://sabahkita.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”