15 March, 2011

BLOGGERS PRO KERAJAAN - MENINJAU MASA DEPAN YANG KELAM (?)

BPN - Perintis Gabungan Bloggers Pro Kerajaan


Ini adalah post ulangan dengan sedikit ulasan dan komen dari pembaca;

1. Ada berbagai 'interest' masing-masing dalam kumpulan besar ini, mungkin kerana sudah terlalu besar dan 'besar kepala' maka persatuan sudah tidak diperlukan lagi

2. Mungkin juga sudah ada persatuan-persatuan kecil antara mereka yang ada dengan kepentingan sendiri yang membuatkan penubuhan persatuan secara khusus tidak lagi diingini

3. Mungkin juga BPN sudah tidak lagi relaven kerana semangat dan rohani blogger sudah berbaza dari masa dulu

4. Mungkin tanpa sedar kita sudah dipecah-pecahkan oleh sesuatu pihak yang berkepentingan bagi melemahkan kita semua untuk kemenangan mereka dan tanpa sedar kita membantu mereka memsunahkan sokongan kita yang nyata pro kerajaan.

----------------------------

Post saya terdahulu:


1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.


Rujukan Blog:
PapaGomo

7 comments:


Anakbukitgantang said...
Itulah masalah utama BLOGGER LAPANGAN / Filed bloggers- Media Pass Masalah lain adalah pre by election meeting dan post election/post mortem meeting Sewajarnya dibuat perjumpaan secara tertutup supaya pertemuan dari hati ke hati nanti tidak dimanipulasi oleh pembangkang Saya bersetuju agar Tun Faizal menjemput secara khusus blogger yg terlibat dan blogger blogger lain Kalau saya tak dijemput tak mengapa-saya hanylaha bloggers pembantu - saya mohon satu penyelesaian yang terbaik demi perjuangan Alf Ba Ta dan Ugama Islam yang etrcinta ini- Salam dari saya untuk semua
MELAYU TULEN said...
AKU MOHON KALIAN BERSATU HATI MENEMPUH GELORA PERJUANGAN INI WALAUPAN SAKIT DAN PEDIH, JANGAN INI MENJADI ALASAN MEMBAKAR BENDERA MELAYU YANG TERCINTA TAHNIAH, KAMI SANGAT2 MENGHARGAI USAHA KALIAN
PAPA GOMO said...
Terbaik, harap ada penyelesaiianya. BPN terus mekar
A Voice said...
Malas pergi buat kerja-kerja yang bukan kerja tapi membuang masa.
Anonymous said...
Masaalahnya ramai dari mereka tidak percaya pada Tun Faisal lagi. Inikan pula Tun Faisal yang membalas dengan permainan fitnah dan cerita rekaan. Tak ada guna Tun Faisal usahakan kerana dia susah untuk dapat sokongan lagi.
Panglima Perang Cyber said...
semoga kita ada sebuah badan berdaftar menjaga bloggers yang ikhlas berjuang. perkara ini perlu dirancang dengan teliti dan kalau boleh hanya bloggers tidak pandai pau orang sahaja diajak sertainya. kadangkala jika beribu-ribu belalang boleh memusnahkan ratus ribu ekar tanaman walaupun kecil. brave memang penuh semangat sejati dari dulu kini dan seterusnya. tulis kerana ALlah untuk kehidupan umat Islam di Malaysia yang lebih aman dan makmur.
bRAVEhEART said...
salam sahabat semua, memang bangsa Melayu kita ini sukar untuk bersatu tetapi lebih mudah untuk berpecah-belah. sekian lama dan beberapa kali sudah saya usahakan untuk mencari penyatuan tetapi malangnya semuanya berakhir dengan kekecewaan. bukan sekali kecewa malah berkali-kali, bukan sekali mencuba, juga berkali-kali untuk kali terakhir ini saya ingin nyatakan bahawa saya sungguh kecewa dan saya akui saya gagal. nokhtah. dan saya tidak akan ada upaya untuk melakukannya lagi, namun saya menyokong siapa saja yang mampu melakukannya...

2 comments:

  1. Salam Bro.

    Aku hanya pembaca tegar barisan blog yang bolehlah dianggap pro kerajaan. 2-3 x sehari. Maka itu aku dapatlah aku katakan bahawa sememangnya wujud pelbagai jenis serangan, berkelompok atau berseorangan blog-blog pro kerajaan ini.

    Aku dan ramai lagi pembacamu rasanya jelas akan ini. Usah berkeluh kesah dalam hal kesatuan blogers pro BN ini. Kenapa aku katan begini? Kerana kuantiti dan kualiti blog pro BN semakin hari semakin meningkat dan meningkat.

    Ada pelbagai sebab kenapa jadi petambahan ini tapi aku hanya nak tonjolkan daripada aspek kehadiran pengunjung yang juga terus meningkat. Pertambahan bilangan pembaca ini sangat penting kerana hal ini mencerminkan kepercayaan dan saiz lingkungan pengaruh blog dan posting.

    Sehubungan itu, para pengendali seharusnya mengekal dan meningkatkan pencapaian ini. Pada aku tidak jadi masalah untuk mempersoalkan hubungan Bloger Pro BN - UMB. Jika kena gayanya, akan bertambahlah kekuatan yang dimiliki blogers pro BN dan UMB sendiri dan hal ini sangat diperlukan dalam mengharungi pertarungan sebenar menjelang PRU13.

    Sebagai pembaca dan pemerhati, kami sangat kecewa jika hal yang sebaliknya yang berlaku. Aku tidak mahu blogers pro BN seperti telah campai puncak sebelum PRU13 tiba lantaran terjerat dengan isu ini.

    Cadangan aktifkan BPN aku sokong 100% atau apa-apa juga kelompok pun bagi mudahkan kerja penyelarasan dalam tindakan blogers. Pun begitu, harus diterima hakikat bahawa semakin besar saiz kolompok, maka semakin sukar dikawal. Ungkapan, "Banyak udang, banyak garam" sangat jelas.

    Aku pernah UMNO kemudian ADIL dan kini bebas tapi mesra BN. Memperincikan kepincangan dalam UMNO atau mana-mana parti memang mudah. Tambahan saiz UMNO yang paling besar di Malaysia. Bukan niat aku nak pejamkan mata atau halalkan kepincangan dalam UMNO tapi nak ingatkan blogers yang mendakwa pro UMNO bahawa bukan bukan mudah mengemudi kapal besar. Blogers pro BN juga ada macam-macam apalagi kapal besar.

    Aku nampak ada ciri-ciri persaingan dan perebutan ala-ala pimpinan UMNO dll dalam penampilan blog mesra BN ini. Buat Berani Hati dan rakan-rakanmu pejuang TULIN, pembaca sesungguhnya menghargai dan menghormati kalian.

    Teruskan perjuangan ini kerana rakyat terus membaca dan menilai. Moga diberikan Allah swt kekuatan dan petunjuk.

    Gua caya lu bro.!

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Anon diatas,
    seorang sahabat yang memberikan komen dengan panjang lebar dan sangat jelas arahtujunya. saya akan tetap kekal seperti dulu, perjuangan yang jujur dan ikhlas tanpa memikirkan lainnya sama ada panghargaan maupun imbuhan, BH akan menulis dan terus menulis dan mungkin akan gugur seperti sahabat lainnya: yanggambi & melayuraya daily tetap kekal dalam perjuangan serta tidak berpaling dan berubah arah. mungkin pru13 adalah penamat perjuangan saya kerana itu adalah sasaran dan dendam yang ingin saya bayar kepada pembangkang demi agama, bangsa dan negara ~ bh

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”