Nik Aziz semasa muda...sekular?
Nik Aziz berjaya buat DAP peluk Pas, bukan peluk Islam,
dalam hati mereka kita tak tau
Al-Juburi adalah nama yang diberikan oleh Mat Sabu semasa Anu arr masih UMNO,
kini Nik Aziz pertahankan setiap 'penjuburan' Anu arr
Lee Kuan Yew minta umat Islam kurangkan pegangang terhadap Islam,
Nik Aziz turut setuju
Waktu sakitnya, DS Najib melawat dan mengurus pemberian rawatan untuk Nik Aziz,
waktu sihatnya, DS Najib didaokan pecah perut
Sahabat-sahabat blogger sedang sibuk sekarang ini. Dua perkara yang menyibukkan mereka; 1. Sibuk menghentam Dato' Saifuddin Abdullah yang 'kununnya' begitu berani hendak 'berperang' dengan blogger, teruk dia dihentam di blog, twitter dan facebook, bahkan dah ada fecebook 'Saifuddin Abdullah Wajib Letak Jawatan', 2. Bloggers juga sibuk menghentam Tun Faisal dari UMB Pemuda UMNO Malaysia atas alasan hilang kepercayaan terhadapnya dan kegagalannya dalam mengendalikan UMB serta kegagalannya menyatukan para blogger pro UMNO untuk bernaung dibawah payung UMB Malaysia.
Justeru, saya ingin membawa pembaca lari dari kemelut ini dan menumpukan kepada masalah asas orang-orang Melayu, masalah kesukaran orang Melayu untuk bersatu, masalah masa-depan orang Melayu akibat dari kegagalan bersatu itu, masalah Pas dengan UMNO yang sama Melayu, sama Islam dan gagal bersatu, masalah NIk Aziz yang mengkhafirkan orang-orang UMNO sedangkan mereka itu juga mengamalkan agama Islam, masalah kesesatan Nik Aziz yang semakin jauh dan melarat....
Semoga tulisan ini kelak akan dapat membuka mata dan fikiran bukan hanya kepada orang Pas tetapi kepada yang pro UMNO juga.
Seorang pemimpin Melayu yang ‘malu’ mengaku Melayu, yang mulanya perjuangkan Islam semata-mata tetapi akhirnya kembai ingin menjadi pejuang bangsa Melayu, beliau adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau berjuang atas nama agama Islam. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik, tetapi seorang pemimpin spiritual. Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini. Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas, itu sahaja. Noktah.
Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir. Saya akan dekati Nik Aziz ini. Bagaimana saya mahu dekati dia? Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama. Haha,…tidak susah. Malah amat senang sekali. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya, hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam. Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah. Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak, berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya...huhuhu. Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap.
Dia semakin tua. Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah. Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu. Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif. Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam si LUmno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya. Jadi biarlah Umno dengan fahaman sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan. Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan.Nik Aziz semakin tua, dan semakin nyanyuk hehehe...lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri.
Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk. Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat Islam di dalam Umno dan Pas. Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah. Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah, India, Iran atau Pakistan.
Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason, kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%. Kenapa? Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang. Bila Pas nak muzakarah dengan Umno, kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh? Bila gagal, boleh kutuk-kutuk Umno pula. Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan, si tua ni lagi yang buat masalah. Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing. Tidak boleh disentuh langsung. Haram.
Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja? Biar betul si tua ni. Pelik dan semakin pelik. Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno. Tidak beragak langsung. Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri? Betul-betul pening dengan si bangka ini.
Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini....
........Jika dia seorang Mason,ini adalah sesuatu yang istimewa dan unik. Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason. Bodohlah The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat. Mereka akan diuji, adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t. atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.
Sekarang mari kita muhasabah diri kita. MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??
Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason, ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.
Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad. Kita tahu dia seorang Islam seperti kita. Jangan persoalkan imannya, itu urusan Tuhan.
Petikan dari blog MistisFiles: Hikayat Tiga Mansons Melayu (Mohon Keizinan)
Orang Melayu boleh bsersatu, mereka boleh bertolakansur cuma yg menjadi penghalangnya ialah orang politik macam Nik Aziz Nik Mat yang menjadi batu penghalang besar perpaduan Melayu.
ReplyDeleteSesetengah rakannya dalam PAS yg berjiwa besar yg nampak luas senario politik negara hendakkan perpaduan bangsa Melayu ini tetapi dibantah oleh Nicky Aziz ini kononnya ulamak besar tetapi sempit pandangan.