16 March, 2011

PEGUAM DAN GURU AGAMA - DILARANG BERPOLITIK





Kes Liwat DS Anu arr semakin jadi kusut berikutan tindakan Ketua Peguam Bela Anu arr menuduh pihak pendakwa dieksplotasikan oleh ahli politik. Baca keratan dibawah ini; (Klik untuk ke blog Taiping Mali)

Permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan mereka dieksploitasi ahli politik tertentu, kata Karpal Singh. Beliau yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar percaya pendakwa raya kes Fitnah II mahu menutup kes itu, tetapi membatalkan hasrat akibat campur tangan politik.

"DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dieksploitasi ahli politik. Beliau (Yusof) mahu menutup kesnya selepas pegawai penyiasat memberi keterangan minggu lepas. "Malah, beliau memberi isyarat kepada mahkamah untuk berbuat demikian minggu lalu," katanya di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Namun, beliau terkejut kerana pendakwa raya tiba-tiba berubah fikiran dan membuat dua permohonan di mahkamah, hari ini.


BH berpendapat, sebagaimana juga dengan Ahli Agama (Ulamak/Tok Guru/ketua mana-mana agama) tidak patut terlibat didalam politik, demikian juga para peguam, seharusnya juga tidak terlibat didalam politik kerana mereka akan memberikan kesan yang besar dan berpengaruh terhadap Agama dan Guaman itu sendiri kelak.

Justeru, kerajaan harus mengkaji semula peruntukan tersebut dan mewujudkan satu akta supaya para peguam dan ahli agama tidak dibolehkan terlibat dalam politik secara serius. Ini kelak akan dapat mengurangkan masalah yang timbul atas kepentingan peribadi mereka sendiri sewaktu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

2 comments:

  1. menyegar,
    komen tidak disiarkan tetapi maklumat diterima, tunggu jika terlewat sedikit (1:35/17.3)

    ReplyDelete
  2. bai,politik tu sebahagian dr agama la..cmna nk larang guru agaa x kp pasal politik sdgkan agama mngajarnya..

    baik lu istigfar byk2 la...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”