19 March, 2011

PENGUMUMAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK





[ KUCHING 18 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mencetuskan satu persoalan baru sewaktu semua pihak ternanti-nantikan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk mengadakan pilihan raya.

Beliau yang diserbu puluhan petugas media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pagi ini, hanya memberikan kenyataan ringkas: "Tunggu sehari lagi".

Kenyataan berkenaan dibuat Ketua Menteri itu bagi menjawab pertanyaan wartawan adakah beliau mempunyai 'berita baik' untuk dimaklumkan hari ini.

Ia mengundang tanda tanya sama ada pembubaran DUN Sarawak akan diumumkan dalam majlis perasmian program Sejiwa Senada di Pekan Serian pagi esok.

Ia kerana majlis berkenaan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, pada majlis berkenaan, satu pengumuman besar akan dibuat sama ada berkaitan pembubaran DUN atau kepimpinan negeri.

Dalam pada itu, Abdul Taib mengesahkan tidak akan berlepas menunaikan umrah pada Ahad ini bagi menjawab spekulasi beliau akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak selepas kembali daripada menunaikan ibadat itu.

"Saya tidak (pergi) umrah," katanya sebelum menaiki kenderaan rasmi bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib. ]

............Utusan Malaysia Online (Klik)


Rakyat semakin berdebar-debar menanti pengumuma Pilihanraya Negeri Sarawak. BN yang kelihatan tenang dan stabil kerana sudah membuat persediaan awal, bagaimanapun pihak pakatan pembangkang masih bertelingkah mengenai jumlah kerusi yang akan masing-masing tandingi.

Kita yakin dan percaya, apapun keadaan BN pasti akan tetap memenanginya dan terus menerajui kerajaan negeri Sarawak bumi kenyalang itu.  Ini jelas dari sokongan rakyat yang kembali semula menyokong parti Barisan Nasional lewat PRK-PRK terakhir ini. Rakyat sudah sedar hanya BN yang mampu memerintah dengan aman dan berkesan.

Bagaimanapun. KM diramalkan akan mengumumkan pelan peralihan kuasa yang akan memperlihatkan ketelusan pucuk pimpinan bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela rakyat. Sudah pasti pihak pembangkang akan menganggap ini sebagai satu tekanan dari pusat, namun hakikatnya Sarawak melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat negerinya sendiri.

Pembangkang tetap akan menyebarkan segala macam fitnah mereka walau apa pun yang kita lakukan. Kerana hakikatnya mereka adalah pembangkang yang tidak bermoral dan tidak dapat membantu membangunkan negeri dan nyata bahawa pembangkang di negara kita gagal berperanan sebagai pembangkang yang sebenar dalam memajukan negara.

Pembangkang di Malaysia hanya sekadar mempertahankan seorang manusia dan menyokong perbuatan meliwatnya selama ini.




No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”