Sahabat saya seekor langau
Lihat poster hebat dibawah sana
Lihat poster hebat dibawah sana
Jika Anu arr dikenali sebagai 'binatang' politik kerana sikapnya dan tindak tanduk dalam berpolitik, maka gelaran 'Langau Politik' sangat sesuai diberikan kepada sahabat saya CMK aka blogger Cucu Mat Kilau, orang yang bertanggungjawab terhadap portal blog Pahang Daily Online yang jelas berhaluan kiri.
Kami berblog di era yang sama. CMK dan PDO memang sejak dulu cenderung kekiri, namun saya berada ditengah, sesekali menghentam UMB Pahang dan jarang-jarang sekali menghentam MB Pahang (sebenarnya ditujukan kepada orang kanannya) dengan tujuan memberikan kesedaran.
Terkini CMK membuat heboh samaada diblog, di facebook bahkan di majlis ceramahnya mengenai isu Lynas. Saya pasti CMK bukan bodoh sangat untuk tidak faham isu berkenaan, tetapi beliau lebih mementingkan untuk mendapat political milage dari apa yang berlaku.
Kita faham bahawa akhir-akhir ini CMK terumbang-ambing bagaikan tidak berhaluan apabila di 'tendang' keluar oleh PKR. Didalam Pas beliau juga nampaknya masih tidak dapat diterima, kerana itulah beliau selalu mengintai-intai kepada UMNO seandainya ada ruang dan peluang, atau menanti untuk di 'kuit' menyertai UMNO. (Kuit = lambai dalam loghat Pahang)
Saya berkesempatan bertemu dengan MB Pahang baru-baru ini, sejurus selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang berakhir, banyak yang diperkatakannya mengenai CKM ini, namun saya tidak berniat untuk memanjangkannya disini, cukuplah hanya dia yang mengetahui apa yang dia sampaikan kepada MB selama ini melalui sms nya.
Saya menamakan CMK sebagai 'Langau Politik' kerana kerja-kerjanya dalam menyebarkan isu Lynas yang sedang hebat diperkatakan terutama oleh pihak pembangkang. Didalam Sidang Dewan, MB juga telah menjawabnya dengan panjang lebar dan jelas serta terang. Kenapa CMK tidak hadir mendengarnya? dan kenapa juga YB ADUN Pas berkenaan boleh tertidur apabila MB memperincikan isu berkenaan sehingga terpaksa MB memanggilnya berkali-kali?
Sama ada CMK sedar atau tidak, sebagai 'Langau Politik' beliau turut menyumbang kepada kemusnahan bangsa dan negara dari kestabilan yang kita sedang alami sekarang ini.
Saya sering mengikuti perkembangan CMK samaada di dalam penulisannya di blog atau facebook, malang baginya yang sedang mengalami kecelaruan fikiran dan masalah berkaitan ekonomi juga. Jika dulu beliau pernah melabelkan saya dengan bermacam-macam gelaran, namun kini CMK pula yang saya lihat bersikap demikian. Kata dulang paku serpih?
Yang bercakap dalam ceramah-ceramah sering menipu kita hanya kerana inginkan tepukan, tetapi yang tertulis dalam buku dengan jelas sukar untuk menipu kita kerana segalanya tercatat dalam hitam dan putih. Sila baca mengenai Lynas di blog PahangKu - (Klik Sini)
Chup!!chup!!chup!!!
- babak cium molot tidak dapat disiarkan atas arahan FINAS
ehhh? cucu mat kilau kah itu? hehe nampak macam cucu mat kilau tetapi mungkin benar itu cucu mat kalau...mencium anu arr, hehe
ReplyDelete