11 April, 2011

DUN DALAM PARLIMEN SIBU JUGA PANAS

En. Kueh Too Kwong bersama rakannya sewaktu ditemubual


PARLIMEN Sibu, P 212 terletak di tengah negeri Sarawak, kedudukan geografinya berada di dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di timurnya.

Keluasannya 1,399 kilometer persegi itu hampir menyamai keluasan negeri Perlis dan Pulau Pinang mempunyai tiga (3) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bawang Assan (N 47), DUN Pelawan (N 48) dan DUN Nangka (N 49).

Statistik jumlah pengundi mengikut kaum berdasarkan daftar pemilih yang dikemaskini pada 9 April lalu adalah Cina mewakili 34,424 (66 peratus), Melayu/Melanau membabitkan 8,866 pengundi (17 peratus), Iban dengan jumlah 7,823 pengundi (15 peratus), Bidayuh dengan 260 pengundi (0.5 peratus), Orang Ulu dengan 57 pengundi (0.11 peratus) dan lain-lain diwakili 73 pegundi (0.14 peratus).

Maklumat daftar pemilih induk 2009 dikemaskini 9 April 2010:
  • Pemilih biasa: 52,158
  • Pengundi pos: 2,537
  • Cina: 34,424
  • Melayu: 8,866
  • Iban: 7,823
  • Bidayuh: 260
  • Orang Ulu: 57
  • Lain-lain: 73
  • Pusat mengundi: 45
  • Saluran: 110

Senarai calon-calon pilihan raya mengikut DUN adalah seperti dibawah ini;

N.47: BAWANG ASSAN (16,743)
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Penyandang; Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti/Majority: 2,504

N.48: PELAWAN (28,808)
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N.49: NANGKA (14,197)
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)
Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

Dalam temubual dengan seorang veteran penyokong BN Sarawak dan dikatakan akrab dengan Ketua Menteri, beliau memberikan pandangan bahawa pertandingan bagi 3 DUN berkenaan bukanlah satu laluan mudah buat BN memandangkan kecenderungan sokongan pengundi Cina di Sarawak juga masih sukar untuk dikenal pasti. Justeru beliau berpendapat bahawa hanya ada satu kawasan yang selamat iaitu di DUN Nangka dimana calon PBB dijangka akan memenangi pertandingan berkenaan.

Manakala bagi kerusi Bawang Assan dan Pelawan yang membabitkan pertandingan diantara SUPP dengan DAP dan pengundinya majoriti kaum Cina, dibayangkan bahawa keadaan adalah masih 50:50. Justeru itu pihak BN harus berkerja lebih keras lagi bagi memastikan akan memenangi kerusi-kerusi berkenaan.

Bagaimanapun beliau masih optimis bahawa BN akan tetap menjadi sebuah kerajaan yang kukuh di negeri Sarawak secara keseluruhannya, cuma kemungkinan pihak pembangkang untuk menambah kerusi DUN tetap ada dan dianggarkan meningkat dari 8 ke 15 berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa kerusi hangat. Kita berharap jentera BN Sarawak akan berganding bahu tanpa mengira parti untuk mengeratkan kerjasama mereka bagi memastikan impian pembangkang untuk menambah kerusi musnah bahkan memberikan tamparan kepada mereka dengan merampas semula kerusi yang dimiliki sebelum ini sebanyak mungkin.




1 comment:

  1. Terciptakah “Fenomena Tsunami Politik Sarawak 2011” ? Itukah kegusaran PRU13?

    Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah melalui budaya POLITIK WANG BN?

    Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan selama 48 tahun? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?

    Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the Gang (BN) , jugak PM Najibur Rosma & Cronies. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!

    UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!

    “SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
    [ Surah Ar-R’ad: 11]

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”