08 April, 2011

PRN SARAWAK - BERMIMPI PUN PAS TIDAK LAYAK

Penyokong Pas sewaktu penamaan calon DUN Muara Tuang


1. Pas hanya bertanding di 5 dari 71 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini. Kerusi yang dipertandingkan serta calonnya adalah seperti berikut:

N3 - Tanjung Datu
Tan Sri Adenan Satim - (BN)
Gilbert Asson Anak Kulong - (B)
Nani Sahari - (Pas)

N15 - Muara Tuang
Dato' Sri Haji Muhammad Ali Mahmud - (BN)
Noraini Binti Hamzah - (Pas)

N20 - Sadong Jaya
Aidel Lariwoo - (BN)
Mahayuddin Bin Wahab - (B)
Abang Eddy Allayani Abang Fauzi - (Pas)

N22 - Sebuyau
Ali Bin Semsu - (B)
Adam Bin Ahid - (Pas)
Julaihi Bin Narawi - (BN)

N24 - Beting Maro
Razali Bin Haji Gapor - (BN)
Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus - (Pas)


2. Apakah yang mampu Pas lakukan dengan hanya pertaruhkan 5 kerusi di Sarawak ini - itu pun jika mereka menang kesemua kerusi-kerusi berkenaan! Apakah mampu mereka mengubah kerajaan? Laksanakan hukum hudud? Mengislamkan dan membawa ke syurga rakyat negeri Sarawak?


3. Pada hari ini kita harus sedar bahawa hasrat Pas hanyalah ingin mendapat kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Justeru itu mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan pengaruh itu. Pas sanggup mengadaikan agama dan bangsa kerana kepentingan politik dan peribadi. Bagaimanapun kita tunggu apakah fatwa baru yang akan dikeluarkan oleh 'tok garu' Pas tidak lama lagi. Apakah yang haram yang akan mereka halalkan dan apakah yang halal akan mereka haramkan kelak?

4. Di N15, calonnya adalah anak Kelantan, seperti dilain-lain tempat juga, apakah Pas tidak yakin kepada anak tempatan atau apakah mereka merasakan bahawa hanya orang Kelantan saja yang diizinkan Allah untuk menjadi khalifah dibumi Allah ini? atau ini semua hanyalah kerana pemimpin atasan pas adalah orang Kelantan?


5. Selain dari tidak layak bercita-cita untuk memerintah Sarawak, untuk  bermimpi menang pun Pas memang sudah tidak layak.Mana keadilan dan kesamarataan yang dijanjikan dalam Pakatan bila Pas hanya mendapat hanya 5 kerusi untuk dipertandingkan. Tetapi Pas tetap akur walaupun mereka hanya melukut ditepi gantang. Bila DAP memerintah nanti barulah Pas sedar bahawa mereka harus kembali bersama UMNO namun sudah terlambat..

1 comment:

  1. Bro. atas perkiraan agihan beginilah yang mendorong aku tinggalkan PKR(KEADILAN) pada PRU2008.

    Isu agihan kerusi antara PKR + DAP + PAS sesungguhnya memeng sangat menarik dan sangat wajar dikupas oleh banyak blogers mesra kerajaan bagi memberikan kesedaran pengundi.

    Bandingkan kerusi PAS + PKR dengan Kerusi UMNO di Penang, Perak dan Selangor. Senario pecah perentah ini jelas menguntungkan DAP tapi ada PAS dan PKR kesah?

    PAS hanya jadi pencacai di Sarawak, Penang, Selangor dan Perak. Mereka cup selesa dan bangga diperuntukan kerusi untuk bertanding di luar zon lingkungan pengaruh tipikal PAS.

    Kita perlu tahu nanti (PRU13) berapa kerusi Parliment dan Dun PAS dapat? Kenapa kita kisah pulak tentant dal ini? Kerana tanpa kerusi yang dominan dalam Parliment atau DUN mana mungkin slogan PAS GANTI UMNO itu praktikal.

    PAS berkhayal.. Kerjasama PAS dengan PKR dan DAP hanya suatu strategik untuk elakan pertempuran dalam kawasan lingkungan pengaruh tipikal mereka (Kelantan). PKR dan DAP sedar memang mereka sesungguhnya kurang popoler di situ. Hanya PAS yang tak sedar diri korbankan prinsip pegangan demi kusa yang sedikit.

    Tahniah Bro. BH Teruskan serangan anda.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”