14 April, 2011

PRN SARAWAK - HATI RAKYAT SARAWAK



Perjalanan selama sejam dari Bako ke Kucing didalam bas terakhir yang hampir kosong  memberikan saya banyak peluang dan ruang untuk bersembang sambil mencungkil hati seorang rakyat biasa yang memberikan pandangannya dalam politik semasa negeri Sarawak, sempena pilihan raya negeri yang sedang berlangsung sekarang ini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan, memperlihatkan kepada saya sebahagian pandangan sebenar rakyat Sarawak dalam kesibukan kempen pilihan raya yang sedang berlangsung.

Menurutnya, apa yang sebenarnya rakyat Sarawak inginkan adalah menyedarkan kerajaan bahawa kerajaan harus memberikan perhatian serius terhadap pembangunan negeri. Wakil rakyat yang terpilih hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan serta jujur dan amanah. Dalam kebanyakan kes, mengundi pembangkang bukanlah bermakana menyokong perjuangan mereka, namun lebih kepada menyedarkan kerajaan yang mereka lihat sebagai terlalu selesa dan leka - adalah satu undi protes semata-mata.

Isu Anu arr yang dijaja kesana kemari tidak langsung menarik minat dan simpati rakyat Sarawak. Benar, ada kalanya audien Anu arr memang ramai, namun itu hanya sekadar ingin melihat satu persembahan 'lawak bodoh' seorang yang sudah pernah berada ditangga ke-2 tertinggi, yang memimpin kerajaan dan kini berpaling serta mengutuk kerajaan yang dipimpinnya dulu. Faktor Anu arr tidak lebih hanya sebagai menepuk air didulang dan terpercik kemuka sendiri, atau bagai ayam yang kokok berdegar-degar, ekor bergelumang najis.

Dari beberapa sesi percakapan dengan penduduk tempatan Kucing dan maklum balas tak resmi dari responden, kita yakin bahawa BN masih akan kekal memeggang kuasa dengan kelebihan majoriti undi melebihi 2/3 apabila membentuk kerajaan kelak. Bagaimanapun, kehilangan kerusi kepada 8 kerusi dalam pilihan raya tahun 2006 dahulu mungkin akan meningkat kepada 10 - 13 dan ini diperolehi dari kawasan-kawasan yang majoritinya terdiri dari pengundi kaum cina.

DAP akan menambah beberapa kerusi lagi, PKR akan kekal dengan bilangan kerusinya atau menerima pertambahan di satu atau dua kerusi dan Pas hanya jadi seperti 'kain buruk' atau melukut ditepi gantang - tidak ada masa depan di Sarawak, atau sekadar hanya menjadi lembu pembawa beban ataupun hanya sekadar batu loncatan.

Dalam masa yang hanya tinggal 2 hari lagi, kita berharap jentera BN akan dapat bersama-sama menggembeling tenaga dan bersatu hati serta berusaha bersungguh-sungguh bagi mengecilkan jurang dan kemenangan kepada pihak lawan.


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”