27 April, 2011

YANG MENGKHIANATI MELAYU ADALAH BANGSA SENDIRI




KUALA LUMPUR 25 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Kit Siang itu tidak ubah seperti langkah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut. 

Di samping itu, katanya, Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.
"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

"Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR menambah, Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

"Soalan utama adalah apakah tujuan Lim Kit Siang membawa konsep Satu Cina ini?," katanya


Inilah malangnya kerana umat Melayu berpecah-belah. Kita bukan saja tidak kuat dari segi penguasaan ekonomi bahkan dari segi perpaduan juga kita tidak kuat. Siapa antara kita yang benar-benar jujur terhadap bangsa kita? Para pemimpin kita sebilangan besarnya hanya pandai mengungkap kata-kata retorik. Kunun perjuangan untuk bangsa agama dan negara, namun hakikatnya tidak sama sekali.

Jangan nafikan jika saya katakan bahawa pemimpin Melayu kita jugalah yang memperkayakan kaum cina dan meminggirkan bangsa sendiri. Saya banyak melihat contoh di sekeliling kita dan itulah yang terjadi. Para pemimpin kita seakan tidak mempercayai bangsa sendiri dalam pengagihan ekonomi, atau mungkin ada sesuatu yang mereka sembunyikan untuk tidak diketahui oleh bangsa sendiri. Dalam kata lain, mereka memberi untuk menerima sesuatu yang mereka malu untuk mendapatkannya dari bangsa sendiri. Saya bercakap mengenai imbuhan, atau lebih jelasnya ...rasuah!

Penjawat awam pun demikian juga. Bukan sedikit kes dimana sesuatu kontrek atau permohonan dari bangsa Melayu diketepikan dengan memberikannya kepada kaum cina kerana dari kaum cina mereka akan beroleh sesuatu sedangkan dari bangsa sendiri mereka merasa malu dituduh sebagai perasuah. Disinilah kita melihat bahawa rasuah merupakan musuh nombor satu bangsa dan negara.

Lihat sekeliling kita, berapa banyak tanah dan hasil bumi kita yang terlepas kepada kaum cina, dan ini adalah kerana bangsa kita sendiri yang mempunyai kuasa namun menyalahkannya. Jadi, cukuplah untuk bangsa melayu hanya bercakap mengenai agama, bangsa dan negara kerana rakyat juga sudah bosan dengan retorik sedemikian.

2 comments:

  1. melayu kalau tidak ada perasaan hasad dengki dan saling jatuh menjatuhkan buka melayu namanya. Sudah terang lagi bersuluh jatuhnya tamaddun sesuatu bangsa didunia ini bukan kerana disebabkan musuhnya tetpi dek kerana pengkhianatan bangsa itu sendiri. Kalau majoriti melayu ada dalam UMNO, tentunya PAS yang patut melangkah keluar meninggalkan rumahnya agar boleh sama2 tinggal dalam rumah BN. Bila dah serumah barulah senang nak berbincang tenang hidup mati melayu pada PRU 13 nanti. Pedulikan apa cina nak kata, bangsa kita, kita yang kena jaga, kena perjuangkan untuk anak cucu kita nanti. Melayu janganlah naif sangat..sebaik2 bangsa cina tak pernah mereka kata, , rasuah tu haram, berjudi tu haram, menipu tu haram dan berdosa... paling2 sangat pun dia cuma kata, itu keleje tatak baik oooo..!

    Keranji Pahit

    ReplyDelete
  2. Salam Keranji Pahit,
    Terima kasih pandangan yang diberikan, kadang2 saya terkesal memikirkan bangsa kita ini, yang bagaikan Pak Kaduk, menang sorak kampong tergadai. Perlu ada kesedaran menyeluruh bagi mengangkat dan memertabatkan semula bangsa Melayu yang semakin me-layu. Saya juga bimbang akan Malaysia yg mana malay-sia (melayu mati-la)

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”