Perhatikan bermula dari minit 2:50
1. Atas hasutan dan dorongan CMK dilaman facebooknya, satu laporan polis dibuat terhadap BH 'kununnya' atas alasan rasis. Yang membuat laporan adalah dari bangsa Melayu yang 'kununnya' bencikan sikap perkauman. Khusus kepada mereka itu, saya letakkan klip video dari Namwee (diatas) supaya mereka belajar apa makna rasis.
Jangan kita kesal jika bangsa Melayu akan hilang didunia, kerana didalam Melayu ada manusia yang berwatak sebagaimana Si-Kitol dan Raja Mendaliar. Inilah hakikatnya. Pada ketika kita inginkan perpaduan bangsa Melayu, ada kalangan Melayu sendiri yang menghancurkannya.
Saya tidak hairan jika kaum lain menuduh saya rasis walaupun saya sentiasa berpegang bahawa saya adalah nasionalis. Cuma saya kecewa kerana bangsa sendiri yang menuduh saya demikian. Ketika Namewee (cina) dengan jelas bersikap rasis kepada bangsa Melayu, kaum mereka dari DAP dan MCA sama-sama memberikan sokongan kepadanya dan bangsa Melayu kita tetap berdiam diri.
Kata Hang Tuah; Tidak Melayu Hilang Di Dunia - namun apa gunanya jika Melayu yang tinggal, semangat dan fikirannya bukan lagi Melayu? Apa gunanya jika yang tinggal hanyalah Melayu yang mengadaikan bangsa dan agamanya hanya kerana ingin dipeluk oleh kaum lain.
CMK orang kecewa dalam politik adalah blogger Melayu yang dayus, yang jika benar dia dari keturunan pahlawan Melayu Mat Kilau, dia hanya memalukan dan mencemarkan darah pahlawan, malah memalukan bangsanya. Kenapa bukan dia sendiri yang membuat laporan polis itu sedangkan di laman facebooknya dialah yang mendesak supaya laporan dibuat? Kenapa laporan dibuat oleh ahli-ahli parti PKR? Apakah kerana kepentingan politik sempit mereka yang kini sudah semakin hilang sokongan rakyat?
Baca apa pandangan blog WZWH terhadap CMK. PDO @ CMK Adalah Barua DAP Mungkin dia tidak rasa terhina tetapi saya terasa. Beberapa posting dari beberapa blog lain juga menghentam CMK. Baca Pahang Daily Online Tidak Gentlemen, Bantah Dengan Cara Khurafat, Pahang Daily Mengamalkan Politik Setengah Masak dan di blog Sri Tri Buana.
2. Blog MarahKu yang mendedahkan perancangan DAP untuk mengkristiankan Malaysia telah di godam dan sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa lagi. Demikianlah hukuman apabila menyatakan kebenaran yang pahit mengenai pihak pembangkang. Yang kita kesalkan adalah pemimpin Melayu kita yang 'kununnya' perjuangkan kesucian agama Islam selama ini hanya mengambil sikap mendiamkan diri bahkan ada yang membidas pihak yang menyebarkan hakikat berkenaan. Baca komen tokoh Pas disini.
Apakah yang Pas sebenarnya perjuangkan? Agama Islam atau perjuangan parti? Jika Pas perjuangkan Islam maka sepatutnya Pas menyokong pembongkaran yang dibuat mengenai perancangan mengkristiankan Malaysia, namun itu tidak berlaku.
Umat Melayu dan Islam Malaysia sebenarnya dalam kecelaruan minda.
Umat Melayu dan Islam Malaysia sebenarnya dalam kecelaruan minda.
Salam Nasionalis!
ReplyDeleteGT sentiasa menyokong pendirian Braveheart berhubung isu ini. Mmg terdapat Melayu pengecut yang hanya berani bersayembara di kalangan kita sahaja. Dan golongan2 ini harus kita tentang sebelum hilangnya maruah.
Aduhai malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai... Dan Pak Kaduk, Si Kitol serta Man-the-Liar harus dinyahkan dari bumi pertiwi ini!
Salam bro...
ReplyDeleteKuatkan semangat bro.aku dan pembaca sekalian tetap meyokong mu.teruskan perjuangan.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih kepada sahabat2 yang memberikan saya sokongan. Kita sedar bahawa CMK hanya berhasrat untuk melakukan sesuatu yang salah dengan berselindung dengan alasan yang betul. Orang yang kununnya nak jadi pejuang dan pembela, namun hatinya sangat kecil, panakut dan bacul ~ bh
Adakah Hang Tuah juga rasis? Perlu bezakan antara rasis, nasionalis dan assobiyah.
ReplyDelete