14 June, 2011

MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA




Generasi bangsa Melayu hari ini begitu 'complacent' dengan kata-kata, 'Tak Melayu hilang didunia. Demikian Dr. Ridhuan Tee memulakan tulisannya. 

Apa benarkah bahawa bangsa Melayu tidak akan hilang didunia ini? Sedangkan sejarah manusia telah menunjukkan bahawa adanya kaum-kaum yang lebih gagah dan bertamadun turut juga hilang dari muka bumi.

'Apakah mereka tidak perhatikan betapa banyaknya kaum yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (kaum itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi, ia itu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka kaum yang lain' (Al- An'am: 6)

Didalam Quraan sendiri telah tercatat bahawa Alla menjanjikan tiada sesuatu kaum pun yang akan kekal di muka bumi ini dengan kehendaknya. Justeru, apa kah kita bangsa Melayu  masih berbangga dan bermegah-megah dengan kata bahawa 'tak akan melayu hilang di dunia?'.

Yang nyatanya adalah bangsa Melayu semakin lemah dan berpecah-belah lantaran ideologi politik yang akhirnya akan hilang begitu saja dengan cara yang amat hina apabila negara asal usulnya diperintah oleh kaum lain. Apa terjadi kepada bangsa Melayu di Singapura patut dijadikan iktibar jika kita dari kalangan mereka yang befikir.

Kita juga patut sekali sekala manaruh syak dan wasangka kepada kaum lain yang ada agenda besar. Lihat bagaimana dulunya Iraq diserang atas nama keamanan sejagat dan demokrasi. Namun apa yang tersirat adalah untuk menghancurkan umat Islam dan menguasai 'emas hitam'. Kini Mesir sudah tumbang atas sokongan bangsa asing. Dan selepas itu mereka sasarkan pula kepada Libya. Kenapa negara Islam? Kenapa negara yang kaya dengan 'emas hitam'?  Tidakkah ini satu agenda besar yang tersembunyi?

Jika 'tangan-tangan hitam' itu mampu menghancurkan Iraq dan Mesir, apa sangatlah negara kita dan bangsa Melayu yang kecil dan tidak di kenali dan dihormati didunia ini? 

Apapun, bangsa Melayu mesti kembali bersatu. Kita pisahkan dahulu antara politik dengan agama, kerana Pas itu bukannya agama. Kita bersatu sebagai sebuah bangsa Melayu. Mengundi dan memlilih kerajaan itu adalah tuntutan negara dan kita lakukannya 5 tahun sekali, kita pilihlah mana-mana parti yang kita sukai, tetapi politik bukan kehidupan kita seharian kita - inilah suara kumpulan ke-3!

Melayu akan hilang di dunia, jika bangsa Melayu sendiri tidak saling sayang menyayangi sesama kita. Jika kita menanam api kebencian diantara kita. Jika kita lebih menyayangi kaum lain lebih dari menyayangi bangsa kita sendiri. Jika terlalu taksub kepada sesuatu parti politik dan berpolitik sepanjang hari. Jika kita dengan sedar rela dicucuk hidung oleh kaum lain untuk membencai sesama bangsa Melayu, Melayu akan hilang didunia!


Rujukan:
Tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah
(Sinar Harian, 13 Jun 2011 ms N17)

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”