Tentu penyokong Pas akan marah sehingga keluar api dari mulut dan bontotnya jika orang UMNO kata 'Pas Tak Guna Otak'. Kita tidak tahulah pula jika Pas sudah tidak ada perasaan marah itu kerana kata-kata itu adalah keluar dari mulut 'Anu arr' yang dulunya UMNO tetapi telah disingkirkan dan kini mengetuai Pakatan Pembangkang.
Yang penting adalah semua penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang harus sedar bahawa politik adalah satu seni permainan yang dikuasai oleh para pemimpin atasan sedangkan para penyokong hanyalah bagaikan 'bidak-bidak catur' yang sanggup di 'matikan' demi mempertahankan 'queen' dan 'king'.
Sudah tentu Haji Hadi dan Nik Aziz tidak akan berbaring ditengah jalan untuk mempertahankan kuasa DAP di Perak sepertimana yang dilakukan oleh panyokong Pas sewaktu menyekat laluan Sultan Perak ketika pengisyhtiran Menteri Besar Perak dulu. Begitulah peranan para pencacai Pas yang sanggup menghina diri sendiri demi pertahankan pemimpin yang akan datang dan pergi bila masanya tiba. Justeru, kita jangan terlalu taksub kepada pemimpin bahkan jangan juga taksub kepada parti politik kerana parti politik bukanlah agama dan Pas bukanlah Islam yang kita pegang.
Akhir-akhir ini ketika Pas telah mengubah dasarnya dari perjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan, ramai penyokong Pas bahkan diluar Pas juga meresa tertipu dan kecewa. Mereka sangka Pas perjuangankan Islam dengan jujur dan ikhlas namun rupanya itu hanyalah sendiwara belaka, jelaslah bahawa yang Pas perjuangkan selama ini hanyalah kuasa politik semata-mata.
Saya bukan hendak menyeru para penyokong Pas untuyk keluar dari Pas, tetapi hanya untuk mereka mengambil masa seketika dan merenung bahawa kita jangan berpolitik sepanjang masa, Berpolitik hanya ketika pilihanraya kerana kita hanyalah pengundi. Pemimpin Pas berbeza kerana mereka adalah ahli politik yang tiada kerja lain melainkan berpolitik sepanjang masa. Selain itu mereka tiada kerja lain selain dari mencari kesalahan kerajaan sedangkan merka tidak juga melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu. Mereka hidup dan mati dengan politik sedangkan kita ada tugas dan tanggungjawab untuk keluarga kita sendiri.
Mungkin panyokong Pas patut dengan dan fikirkan kata-kata Anu arr; Pas Tak Guna Otak!
Pas ada otak ker?
ReplyDelete