PUTRAJAYA – UMNO perlu memberi kefahaman kepada mereka yang tidak dipilih sebagai calon supaya tidak kecewa dan mengambil tindakan negatif termasuk meninggalkan parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, parti sentiasa menegaskan jawatan bukan jaminan dipilih sebagai seseorang itu menjadi calon dalam pilihan raya.
“Kita perlu bimbing, bincang dan mengambil kata sepakat dengan mereka supaya dapat menerima hakikat tidak dipilih sebagai calon, tetapi kekal dalam parti.
“Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku apabila menghadapi pilihan raya akan datang, parti perlu memberi kefahaman kepada pemimpin supaya tidak kecewa dan mengambil tindakan negatif. Tidak semestinya mereka yang berjawatan ketua bahagian jadi calon, ini yang dikatakan transformasi parti,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya semalam. (Klik ke Sinar Harian)

Selain itu UMNO juga harus sedar bahawa transformasi juga membawa makna perubahan kepimpinan UMNO itu sendiri. Saya membaca dari beberapa blog di Jerantut yang menyuarakan tidak puashati mereka terhadap kepimpinan dan mereka yang ada sekelilingnya.
Dari ruang komen sebuah blog banyak menyuarakan kesal dan kecewanya terhadap perbuatan penyalahgunaankuasa serta penyelewengan yang dilakukan sama ada oleh pihak pentadbiran bahkan Pegawai Khas pemimpin sendiri. Sila rujuk blog SPU dan WZWH.
Saya sudah memerhatikan perkembangan politik UMNO sejak lama dulu, jangan kecewa jika saya katakan saya sependapat dengan banyak pihak yang mengatakan bahawa besar kemungkinan banyak kerusi di dalam Parlimen Jerantut ini akan jatuh kepada pembangkang kerana protes anak muda kepada kepimpinan dan pentadbiran UMNO itu sendiri.
Mungkin mereka yang terlibat didalam kepimpinan UMNO serta mereka yang 'kaki pengampu' beranggapan ini hanyalah satu pandangan yang tidak tepat, tetapi jika kita lihat dari sembang-sembang di media sosial, rata-rata rakyat memberikan isyarat bahawa mereka sangat kecewa dengan UMNO.
Pemimpin mungkin tidak sedar kerana mereka tidak disedarkan. Para 'langau' sekeliling mereka pasti tidak akan menyatakan perkara-perkara buruk serta sungutan rakyat. Pemimpin hanya dihidangkan dengan segala yang indah-indah belaka untuk tidak mengingati dan mengetahui masalah rakyat.
Transormasi dalam UMNO tidak akan berjaya ketahap yang diingini kerana sebahagian besar ahli-ahli UMNO diatas lebih selesa dengan menyeleweng dana menyalahgunakan kuasa yang mereka pegang selama ini.
Orang-orang UMNO sudah tentu tidak menyukai tulisan saya ini, namun saya ada tanggungjawab untuk memperbaiki parti dan menjamin hak-hak rakyat dapat terus dikekalkan. Saya lebih sayangkan UMNO dari sebahagian pemimpin UMNO yang sayangi diri mereka sendiri dan berselindung sebalik perjuangan UMNO.
Tranformasi UMNO mestilah dilakukan dengan telus. Yang salah dan buruk haruslah dibuangkan sebelum barah itu membunuh UMNO secara keseluruhannya. Justeru, pemimpin haruslah lebih peka terhadap suara-suara rakyat yang selama ini tidak dapat didengarinya dengan jelas kerana sering dilindungi oleh pemuka-pemuka.
Berikut adalah sebuah komen yang saya ambil 'segar dari ladang' dari blog WZWH tanpa sebarang pindaan dan sudah tentunya tanpa sebarang prejudis:
Anti Pemimpin Tak Endah said...
Pengurusan UMNO Bahagian Jerantut sangat lemah. Setiausaha Kerja UMNO @ Setiausaha Eksekutif (yang rekod tidak ada kridibiliti) lebih berkuasa dari Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sendiri. Sepatutnya pengurusan UMNO Bahagian Jerantut dikendalikan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut namun Ketua Bahagian tidak ambil peduli dan bersikap mudah dan enteng. Ku Lan senang ditipu hidup-hidup oleh orang dikelilingnya. Ahli-ahli UMNO Jerantut tidak puas hati.

Mcm mana dgn pemilihan UMNO di peringkat tertinggi? Kalau tak silap saya, perlembagaan UMNO telah diluluskan perubahan nya, dan jumlah perwakilan UMNO ke persidangan Agung UMNO ditambah drp 2,000+ org ke 100,000 org. Tapi saya tgk benda ni mcm senyap je. Cakap tak serupa bikin ke? Kalau mcm tu, perlakuan rasuah masa pemilihan parti tak dpt dihapuskan lah.
ReplyDeleteSalam.Aku rasa sampai kiamat pun pemimpin pemimpin UMNO tak akan berubah.Kitalah yg kena ubah UMNO.Bagi pembangkang menang.Then baru pemimpin UMNO tau betapa berkuasanya undi rakyat.Rakyat jgn lagi asik di perbodohkan oleh pemimpin
ReplyDeletePemimpin UMNO ramai yang tak berubah mereka belakon apabila pilihanraya umum atau kecil masa tu senyuman mesra,tepuk belakang kita, semua masaalah ddengar dgn penuh simpati semua boleh selesai semua beres..dah menang hidung kembali bertahta atas dahi. Talk only no action.
ReplyDelete