19 July, 2011

WAN AMIZAN CALON YANG LAYAK SELEPAS KU LAN BERUNDUR




YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut selama 3 penggal baru-baru ini telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Beliau mengumumkan demikian di Tekam Plantation sewaktu menyampaikan hadiah kepada pertandingan pertandingan bolasepak dan bolajaring  bagi DUN Pulau Tawar beberapa hari lalu. (Sila klik NST)

Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan itu juga berkata bahawa keputusannya adalah atas kehendaknya sendiri disamping memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkebolehan untuk membangunkan parlimen Jerantut dalam menghadapi lebih cabaran dalam era IT ini.

Menyingkap pandangan sebahagian rakyat dari media sosial (blog dan facebook) setempat selama ini, kita dapati ada antaranya yang begitu keterlaluan mengkritik beliau terutamanya blog WZWH, namun kita percaya bahawa bukanlah ini sebab utama YBM Tan Sri Tengku Azlan memutuskan untuk mengundur diri.  Pasti kali ini beliau benar-benar jujur untuk memberikan peluang kepada tokoh yang lebih muda disamping berhasrat untuk berihat dari politik.

Jika kita menghayati apa yang YB Tan Sri Tengku Azlan katakan itu, pasti beliau bermaksud untuk melepaskan jawatannya dan memberikan peluang kepada YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan kerana kreteria yang beliau maksudkan ada padanya. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian adalah satu-satunya calon yang layak mengisi kekosongan yang berlaku kelak.

Mereka yang lain, yang juga dirasakan layak dan kini berada didalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, tidaklah menjadi saingan berdasarkan faktor usia serta kesihatan menghalang. Justeru, kita melihat bahawa beliau lah orang yang paling layak setakat ini. Bagaimanapun, ini bukanlah satu laluan mudah kerana disamping beliau juga ada musuh politiknya, ada juga pihak yang tidak menyenangi beliau atas alasan tertentu dan peribadi, namun kita percaya dengan sedikit perubahan dalam kepimpinan dan pendekatannya dengan masyarakat, beliau akan mampu menarik hati rakyat untuk menyokongnya kembali.

Banyak pihak berpendapat kerusi Parlimen Jerantut adalah kerusi panas dan UMNO kemungkinan akan gagal disini, tetapi saya percaya bahawa YB Dato' Wan Amizan memenanginya dan membuktikan bahawa persepsi demikian adalah salah, asal saja beliau berusaha untuk menguasai pengundi muda yang sangat akrab dengan jaringan media sosial.

Saya melihat bahawa pintu sudah luas terbuka, YB Dato' Wan Amizan harus mengambil keputusan segera bagi memantapkan dirinya untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut dengan membawa aspirasi membangunkan rakyat dan mengejar pembangunan agar kehidupan kita akan setaraf dengan mereka yang ada di kota-kota besar serta kita tidak lagi ketinggalan dari segala bidang.


14 comments:

  1. Hahaha, setuju sangat. Kita tengok orang muda pula. Janji menang, jangan sampai jual Jerantut sudah lah.

    ReplyDelete
  2. ku lan dap dapat lihat dalam air pinang bahawa kerusi parlimen jerantut ne akan tumbang ke pembangkang agaknya, tu sebab di bersedia awai2 mengatakan tak nak dah.

    Dengan masaalah yang ada di mkalangan umno dan komponan bn, juga yang terlalu sukarnya ialah puak puak umno dan pemimpin bn ne maseh belum sedar mau berubah, bercakaran sesama sendiri untuk menaikkan nama untuk menjadi calun seterusnya mengaut keuntungan dari jawatan politik, harap dapat komen dari bro jika saya tangkapan saya salah, BUKAN PEMBANGKANG KUAT SANGAT, TAPI UMNO DAN KOMPONAN BN TAK NAK BERUBAH UBAH, KITA NK BERHADAPAN DENGAN RAMAI PENGUNDI BARU YANG TELAH MENDAPAT ANGIN PERUBAHAN, MEREKA RASA SELESA KERANA MEREKA TAK PERNAH SUSAH?

    ReplyDelete
  3. Ishh ong nih.Takkanlah Datok Wan Mizan jadi ahli parlimen?.Bengap betullah pengundi kalau demanya memangkoh dia esok.Tapi yelah dia kan kawan baik dengan Barack Obama. oklah tu.

    ReplyDelete
  4. Salam orang Jerantut,
    Pendapat saya adalah berdasarkan dari apa yg saya lihat sekeliling kita. Siapa lagi dalam JKuasa bahagian yg layak? Semua orang sudah kita nampak jelas sama ada yg ada pekong dan kudis buta, mungkin dia yg terbaik diantara yg terburuk? namun kita berhak untuk mendapat yg terbaik....

    ReplyDelete
  5. Cdangan legal wan mizan ni serape la nak menyerohkan bullet-bullet parliament jerantut kepada embanking.... Tak begitu?tapi kawan percayawan mizan la org yg melompats tinggisekl bila dengarku lan x moh bertanding dah...... Hhaha politik wjerantut yg mcm ni la buat org mcm kwn menjauhkan diri drp umno

    ReplyDelete
  6. Dato Wan Amizan,bersedialah untuk menggalas tanggungjawab ini.Semoga BN Jerantut terus gemilang hasil pacuan pemacu yang handal.

    ReplyDelete
  7. koi nak ckgu zali mezah jadi palimen jantut..best.

    ReplyDelete
  8. hah? zali mezoh? dia tukang pancong orag boleh la erkk? lain2 x ada harapan x bole harap, hehe satu jerantet dh tahu pasal tu dia maintain perut je beb, hehehehe

    ReplyDelete
  9. Salam,
    banyak komen yg saya terima, kemungkinan besar dari orang2 Jerantut. Begini rupanya media social Jerantut, patutlah antara yang terbanyak punyai blog2 politik dalam Pahang. Malangnya hanya sebahagian kecil saja komen yg dapat disiarkan atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  10. kite tau u salah seorang org upahan Wan MIzan kuang2

    ReplyDelete
  11. Peminat braveheartJuly 27, 2011 at 2:09 AM

    bagus braveheart..reverse Psycho..awak dah petik trigger..kita lihat reaksi pembaca.

    ReplyDelete
  12. kelu lidah utk berkate bile hamba Allah tu dpt jadi yb..ini nak jadi parlimen lak..kelu lidah dan gusi le pulak..taktau le ..chenerong ular tu ckp berlapik-lapik tu..(pd tulisan huruf besar dia tu)..kas yg dh tak sokong pas ni taktau le nak sokong sape..duk umah tgk tv le agaknye..

    ReplyDelete
  13. Ada dari komen2 diatas ini, walau tidak bernama tp sy dpt merasakan mengenali suara2 mereka...rasanya sy tidak tersilap membuat tekaan...hehe

    ReplyDelete
  14. Punah jerantut kena jual lah oiii

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”