1. Sejak lama dulu bangsa Melayu telah kehilangan pemimpin sebenar, pemimpin yang dapat diterima oleh majoriti bangsa Melayu, entah mengapa demikian terjadinya.
2. Pemimpin rakyat adalah mereka yang berjiwa rakyat. Mereka yang berjiwa rakyat adalah mereka yang memahami kehendak dan perasaan rakyat sebenar. Mereka adalah yang lahir dari kalangan rakyat marhaen.
3. Pemimpin yang ada ketika ini adalah dari kalangan bangsawan, yang tidak langsung memahami kehendak rakyat. Segala yang ditunjukkan dalam media massa bahawa mereka memahami kehendak rakyat adalah sendiwara semat-mata sedangkan hakikatnya mereka tidak demikian.
4. Pemimpin rakyat lahir dari kalangan rakyat dan berjuang dengan apa cara sekalipun untuk membela rakyat. Tun Dr Mahathir, sewaktu zaman awalnya membuka klinik sanggup memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang tidak mampu membayar khidmatnya. Itulah sumbang khidmatnya untuk rakyat.
5. Maaf! Pemimpin masa kini tidak menghayati perjuangan untuk rakyat kerana lahir dari istana. Kehendak rakyat dan kebencian rakyat tidak diambil peduli sama sekali kerana merasakan dia berkuasa.
6. Jika Najid masih menemui Namewee, pasti dia akan kehilangan banyak lagi sokongan orang-orang Melayu namun dalam masa sama masih juga tidak mendapat undi kaum cina.
7. Bapak Menteri, maaf jika saya akan berpaling arah...hanyalah kerana Melayu ini sudah terlalu marah!!! Kebelakangan ini banyak blogger yang menyuarakan kemarahan mereka berkenaan isu ini, ada sesiapa peduli?? Baca ParpuKari.
8. Nampaknya sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini membela bangsa. Sia-sia perjuangan para blogger, sia-sia perjuangan Perkasa...sia-sia.....
8. Nampaknya sia-sia sajalah perjuangan kita selama ini membela bangsa. Sia-sia perjuangan para blogger, sia-sia perjuangan Perkasa...sia-sia.....
Salam Bro,
ReplyDeleteSilent majoriti sudah tunjukkan muka ketika himpunan bersih.Lebih 4000 NGO sokong kerajaan.Namun begitu sokongan tersebut tidak memberi makna kepada kerajaan.Si pengkhianat bebas lepas.
Pasti sokongan ini akan luntur dan berpaling arah.
Sampailah waktunya nanti menteri-menteri serta PM nya sekali akan menjadi penganggur terhormat selapas PRU 13.
Selamat menganggur!
bro,
ReplyDeleteaku pn dh pedap, aku mungkin tk akan undi sapa2 pru nanti atau kalau aku sgt sakit hati aku akan undi pembangkang mcm dulu, apa aku peduli?