12 September, 2011

PERSEPSI KITA TERHADAP KERAJAAN





1. Amerika Syarikat mengenang dan menyambut besar-besaran 11 september, seolah-olah mereka menerima musibah besar angkara pengganas Islam. Mereka berusaha menunjukkan bahawa mereka diganasi dengan kejamnya oleh Islam. Masalahnya juga cuba diheret jadikan masalah global. Maka seluruh dunia memandang negara-negara Islam sebagai negara pengganas. Dunia akan melihat seluruh umat Islam sebagai pengganas dan agama Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan. Demikian AS berusaha mengubah persepsi buruk dunia terhadap umat, negara dan agama Islam.

2. Di negara kita, musuh-musuh kerajaan dan musuh parti memerintah berusaha keras juga untuk mengubah dan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan memerintah. Maka segala yang kerajaan lakukan dicemuh mereka dan dicanang mereka ke serata ceruk rantau dan bahkan ke seluruh dunia bahawa kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus. Dalam masa sama mereka menutup segala keburukan tentang diri mereka sendiri. Mereka menyembunyikan hakikat sebenarnya bahawa merekalah yang kejam, zalim, tidak adil, tidak demokratik, tidak bersih, tidak telus.

3. Kerajaan digambarkan sebagai bertanggungjawab dengan semua kesalahan dan keburukan yang berlaku. Bahkan sehingga jika seekor anak ayam mati dilanggar sebuah lori, maka kerajaanlah, Barisan Nasionallah dan UMNOlah yang bersalah dan bertanggungjawab. Dan rakyat bukan semuanya bijak dan cerdik dalam mencerna segala apa dakyah yang pembangkan bawakan, justeru memang ada diantara mereka yang mudah terhasut dengan kejahatan dakyah pembangkang itu, terutamanya golongan muda yang 'kunun'nya bersemangat waja namun mereka hanya mengikut nafsu dan panas hati sendiri saja.

4. Sekarang sejarah juga sudah cuba diputarbelitkan dan dijadikan isu untuk menarik simpati dan mendapat sokongan dan undi golongan tertentu. Sejarah negara juga hendak mereka ubah, apa yang akan diubah nanti? Bangsa Melayu bukan penduduk asal Negara (supaya kaum pendatang juga akan berhak jadi pemimpin utama)?, Komunis diiktiraf sebagai pejuang (supaya Ching Peng boleh diterima sebagai bapa kemerdekaan negara)? Tungku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan tetapi adalah pengkhianat dan talibarut British?

5. Segalanya adalah supaya akhirnya nanti segala hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu boleh ditarik balik dan memberikan hak sama rata kepada kaum pendatang. Supaya tiada lagi bantuan khas untuk orang-orang Melayu agar ekonomi bangsa Melayu terus tidak meningkat dan orang Melayu dibelenggu kemiskinan seterusnya akan dijajah ekonominya oleh kaum lain. Supaya bangsa Melayu akan kembali menjadi hamba dinegeri sendiri.

6. Terkini Mat Sabu sibuk memburuk-burukkan kerajaan. Tetapi rakyat juga tidak lupa keburukkan yang Mat Sabu Lakukan. Kisah hubungan sulit dengan Normah di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Baharu masih hangat dalam ingatan. Perihal duit Tabung memali yang lesap disapunya juga masih kekal dan jadi pertanyaan.

7. Apa yang ingin dan akan kita ubah? Ubahlah segala persepsi buruk terhadap kerajaan setidak-tidaknya kerajaan kita jauh lebih baik dari sesetengah kerajaan lain didunia ini. Namun, ada juga dikalangan menteri kita yang juga mengelirukan kita dengan cuba mengubah persepsi rakyat selaras dengan persepsi mereka....mengenai 'new politic' umpamanya....(?)

4 comments:

  1. Yang paling penting ialah tindakan tindakan itu adalah supaya akhirnya sistem negara dapat diubah daripada sistem Demokrasi Berparliment Raja Berpelembagaan yang ada dan berjalan dengan cemerlang sekarang menjadi sistem REPUBLIK dimana siapa pun nanti akan layak menjadi Presiden termasuklah Karpal, Ambiga, Kit Siang, Atau Ching Peng sekali pun. Itulah akhirnya dari gerakan yang sedang dibakar tanggan kini.

    ReplyDelete
  2. Salam..Artikel yang menarik..mohon jasa baik tuan utk letak link blog sy sini..TQ

    semerahcili.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. CLJ, terima kasih atas pandangan yang diberikan - sangat dialu-alukan.

    ReplyDelete
  4. Semerah Cili,
    Blog tuan sudah dipautkan di blog yang diberi muka. Teruskan perjuangan dan selamat berblog ~ bh

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”