03 September, 2011

POLITIK MALAYSIA YANG GAWAT





1. Sejak berakhir PRU12 lalu rakyat tidak pernah merasa selesa kerana politiking yang tidak pernah reda.

2. Pembangkang merasakan impian dan cita-cita mereka sudah semakin hampir - menduduki Putrajaya. Justru mereka terus kuatkan usaha dan kerja. Berbagai isu ditimbulkan berbagai gimik diadakan untuk terus bangkitkan semangat berontak rakyat. Beberapa acara juga dianjurkan untuk mengkaji dan menguji kekuatan dan kelemahan mereka untuk 'the last battle' PRU13 nanti.

3. Pembangkang menguasai media sosial dengan sebaiknya; blog, facebook serta twitter. Disini mereka mencerna agenda demi menguasai minda rakyat. 'Kita' masih leka dan tercari-cari arahtuju. Selain itu bukan senang memohon permisi ini dan permisi itu - segalanya protokol yang meninggalkan kita semakin jauh dibelakang.

4. Ketika pembangkang mensasarkan kita, kita pula mensasarkan sesama kita. Ketika pembangkang mengenali kita sebagai musuh mereka, kita pula mencari sesama kita untuk dijadikan musuh.

5. Lebih mudah jadi pembangkang dari jadi penyokong. Menembak membabibuta dan terus menyerang ketika penyokong sentiasa sibuk menepis setiap tohmahan. Lebih mudah dan mewah jika berpaling arah. Lebih mudah perjuangkan diri sendiri dari berjuang untuk orang lain yang tidak pandai menghargai.

6. Semakin panjang perang ini maka akan semakin parah dan semakin banyak korban, dan yang kecewa akan berpaling pulang kebelakang.

7. Tuan-tuan; bahawa politik kita semakin gawat.  Benar-benar sedarkah kita?


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”