17 October, 2011

HIMPUNAN PENULIS MAYA

Ahli panel dan moderator sesi 'Forum Isu Semasa'
(Foto dari blog Suara Prihatin UMNO Jerantut)


1. Pada 14 -16hb Oktober lalu satu program yang dinamakan 'Himpunan Penulis Maya Negara' telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur. Program selama 2 hari itu bertujuan untuk memberikan semangat serta anjakan kepada para pengamal media sosial pro kerajaan. Seramai kira-kira 300 peserta dari seluruh negara telah hadir. Program dianjurkan bersama oleh Kelab sahabat Bina Negara dan MyKmu.Net.

Beberapa sesi forum telah diadakan dengan disertai beberapa tokoh terkenal negara antaranya adalah; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang, Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN, En. Nasrun Adli, Pengarah Siasah dan Pengurusan Isu Jasa, serta Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bertindak sebagai moderator dalam sesi berkenaan.

Selain mereka, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO Malaysia serta beberapa lagi yang membantu memberikan ceramah dan penerangan mengenai isu-isu semasa dalam sesi-sesi yang lain. Kemuncak kepada semua itu, Perdana Menteri Malaysia DS Najib juga hadir dan menggamatkan dewan dengan kata-kata semangatnya, menghidupkan dan menyemarakkan semangat peserta program dan memberikan anjakan dalam  'Merekayasakan Penulis Maya Negara'.

Sesi forum sentiasa hangat dengan soal jawab yang berlaku dengan telus dan jujur. Suara protes dan tidak puas hati para penulis maya diluahkan dan menerima jawapan yang pasti. Segalanya adalah berpaksikan kepada transformasi, perubahan didalam UMNO dan perubahan kepada pemimpin itu sendiri. Hakikatnya, para pemimpin sudah mula berubah walaupun dalam pergerakan yang masih perlahan.

Para penulis maya akan berdiri teguh dibelakang PM dalam melaksanakan transformasi yang dirancangkan dan akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kami dapat merasakana bahawa suara kami telah didengari dan diberikan perhatian yang wajar. Dalam menghadapai cabaran mendatang, pemimpin perlu berubah, atau rakyat akan mengubah kepimpinan jika mereka terus gagal berubah serta mengambil sikap tidak cakna terhadap suara rakyat.


8 comments:

  1. Syabas tuan kerana telah kedepan sebaris dengan penulis penulis media maya tersuhur malaysia.

    ReplyDelete
  2. syabas juga kpd tuan kerana sudah kehadapan dalam berblog, Sg Betong sgt sy kenali

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan.
    APA juga hadhir dalam himpunan itu.Sayang sekali walaupun kita bersama dalam satu perhimpunan tapi tidak berpeluang mengenal kerana hanya nama masing masing yang digunakan bukan blog kita.

    Semoga dilain kali kita dapat mengenal diri masing2 InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam, tp ohh! malang sekali kita tikan bertemu,atau mungkin bertermu tp tk bertegur-sapa, mungkin bertegur-sapa tetapi masih tidak mengenali antara satu sama lain. Insyallah! BH akan hadir dalam pertemuan berikutnya; Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di PWTC pada 20hb. NOv. Jika APA belum/tinak mendapat un dangan, sila hubungi saya. 1000 peserta dari seluruh negara dijangka hadir kelak, insyallah untuk memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah diucapkan ^^

    ReplyDelete
  6. Pergi juga ke?? Tak sangka tapi tidak pernah bersua muka.. hanya mengenali papagomo n da geng sahaja. kalau ade kesempatan kita bertemu..

    ReplyDelete
  7. APAPUN KITA TETAP KEARAH SATU TUJUAN SATU MATLAMAT..

    ReplyDelete
  8. Salam, sy hadir namun orang kecil yg tak dikenali. Selalu sy bersama Taiping Mali yang mengalami kecederaan dan bertongkat juga bersama Parpu Kari dibarisan belakang sesekali, dan jarang2 bersama gomo. Mengimbas kembali kenangan sewaktu kami bersama dalam grup BPN dulu, sewaktu bersama dibarisan hadapan dalam sibertropper sewaktu pemimpin masih tidak menghargai peranan blogger. Insyallah, tak lama selepas ini BH akan bersara menulis kerana sebahagian perjuangan BH anggap sudah selesai, yang lain akan disudahkan oleh generasi kedua blogger pro BN.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”