30 October, 2011

PERANAN DAN KESAN MEDIA SOSIAL

 Gambar hiasan


1. Kerajaan UMNO BN semakin sedar peranan Media Sosial terhadap keupayaannya merubah iklim politik negara, justeru semakin ramai pemimpin kerajaan memberikan perhatian mereka.

2. Keperhatinan PM juga telah ditunjukkan dengan memberikan perhatian terhadap facebook beliau sendiri serta hubungan dengan rakan-rakan facebooknya. Terkini PM meluangkan masanya untuk bersama-sama bloggers dan facebookers di program Himpunan Penulis Maya pada 16hb. Oktober lalu yang dihadiri 300 pengamal media sosial.

3. Pada 20hb November nanti, di PWTC, PM dijadualkan meraikan kira-kira 1000 orang pengamal media sosial seluruh negara dalam program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia.

4. Kerajaan UMNO BN mesti bersahabat dengan pengamal media sosial @ Bloggers, Facebookers dan Twitters untuk menjalin kesefahaman dan seterusnya membantu kerajaan dalam PRU akan datang.

5. Bagaimanapun masih ada pemimpin yang masih tidak mesra pengamal media sosial ini dan bahkan ada yang bermusuhan dengan mereka. Demikian juga ada dikalangan pengamal media sosial yang tidak mesra sesetengah pemimpin kerana beberapa sebab dan alasan.

6. Saya juga pernah menegur pemimpin Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Malaysia @ Kak Ijat @ Mami Ijat untuk memberikan kesedaran supaya jangan terlalu berpolitik sehingga mampu melemahkan parti. (Klik Sini)

7. Terbaru, beberapa sahabat blogger terus-terusan mengkritik 'Kak Ijat' kerana dilihat terbukti melakukan sesuatu yang 'tidak wajar' dan mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sila baca blog-blog yang di'link'kan  di bawah ini:

7. Segalanya adalah berlegar disekitar penyelewengan, pembaziran wang negara dan pengkhianatan terhadap rakyat. Sila baca tulisan A.Kadir Jasin di sini.  Baca juga Malaysia Insider.

 8. Saya melihat Media Sosial adalah sebagai satu ledakkan revolusi maklumat yang tidak mungkin akan dapat dikawal oleh sesiapapun, namun sesuatu masih boleh dilakukan bagi menentukan arahtujunya supaya selaras dengan kehendak kita dengan cara menyertai penggiat media sosial berkenaan dan menggabungkan diri bersama-sama mereka.

9. Banyak pihak membuat ramalan bahawa PRU13 nanti adalah pertembungan siber trooper dari kedua pihak dan adalah perang siber terhebat dalam menentukan kemenangan ideologi politik seterusnya menguasai dan memerintah negara.

10. Pemimpin mesti lebih cakna kepada siber tropper yang membantu kerajaan dan parti untuk terus mempertahankan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap siber troppernya selama ini. Jika tidak, siber tropper juga tidak akan cakna kepada para pemimpinnya dan tidak pertahankan mereka nanti.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”