'Panjang ni jer!' - mungkin itu agaknya yang Mami Ijat kata.
1. DS Shahrizat Jalil (Kak Ijat @ Mami Ijat) diasak kiri-kanan berikutan isu lembu 'NFC'. Kak Ijat dihentam blogger pro pembangkang bahkan blogger pro kerajaan pun turut 'tumpang sekaki' - kerana mereka tidak mengerti dan tidak sedar diri bahawa mereka telah jadi alat politik 'konspirasi' Anu arr (pembangkang).
2. Banyak pihak berpendapat NFC bukanlah satu projek yang gagal malahan projek yang sedang berkembang pesat. Cuma seperti biasa pihak pembangkang akan mengungkit dan mencari keburukan yang kadang-kadang langsung tiada kaitan dengan isu NFC. Sebenarnya Mami Ijat diserang secara peribadi. Tujuan utamanya untuk 'mematahkan' satu sayap kekuatan UMNO. Untuk melemahkan UMNO dalam menghadapi PRU akan datang.
3. Jika sayap UMNO ini patah maka UMNO akan lebih pedih oleh duka dan lukanya. UMNO terpaksa mengheret sayap yang patah untuk menghadapi PRU.....dengan sayap yang patah tentu UMNO terpaksa berjuang dengan bertongkatkan paruh...UMNO akan lebih mudah dikalahkan. Tentu akan lebih mudah impian dan harapan Anu arr menjadi nyata. Sejarah negara akan tercipta bahawa PM kita adalah dari kalangan pemimpin yang masuk salah 'pintu' - pintu belakang!
4. Musuh Mami Ijat adalah pihak pembangkang yang berusaha untuk; 1) Melemahkan UMNO 2) Melemahkan Mami Ijat sendiri untuk meneruskan penguasaan di Parlimen Lembah Pantai. Musuh Mami Ijat adalah Anu arr, adalah Nurul Izzah, adalah Pembangkang, adalah blogger pro pembangkang.
5. Musuh Mami Ijat juga adalah blogger pro kerajaan yang tidak sedar telah dimainkan dan dijadikan alat konspirasi politik Anu arr.
6. Musuh Mami Ijat yang lainnya yang harus diperhatikan adalah 'UMNO' sendiri. Seseorang yang sedang menanti-nanti untuk mendapat dicalonkan di kerusi Parlimen Lembah Pantai. Seseorang yang sudah lama mengintainya, kelemahan dan kekuatannya. Seseorang yang sedang tersenyum apabila Mami Ijat sedang dihentam kiri dan kanan depan dan belakang.
7. Mami Ijat mesti bangkit dengan kekuatan dan lebih berani. Berusaha lebih kuat dan tunjukkan keperhatinan terhadap rakyat yang diwakilinya. Berusahalah dan berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlas untuk rakyat dan bukannya untuk PM kerana rakyatlah yang akan membuat pilihan terakhir nanti.
8. UMNO mesti dikukuhkan. Sayap UMNO Pergerakan Wanita mesti dikukuhkan dari akar umbi. Politiking mesti dikurangkan. Cantas mencantas mesti dielakkan. PRU13 - UMNO mesti menang! Saya akan berdiri teguh dibelakang Mami Ijat...opppppss!.....di tepi Mami Ijat.
Klik ke bacaan rujukan:
ASSALAM BRO.
ReplyDeleteYANG DIPERSOALKAN DISINI IALAH SOAL 'MORAL' DALAM ISU NFC.DALAM PADA TUAN TIBA2 BERUBAH ANGIN MENYOKONG PERBUATAN TAK BERMORAL SHARIZAT,JGN LAH MEMAKSA ORG LAIN TURUT BERSETUJU DGN PENDAPAT TUAN.
YANG TUAN PERTAHANKAN ITU KEPENTINGAN 'POLITIK' DAN BKN KEPENTINGAN 'MORAL'..TAPI ITU HAK PERIBADI TUAN.SAMA JUGA SPT HAK PERIBADI SAYA MENENTANG 'PENCABULAN MARUAH' DALAM ISU NFC INI.
WALAUPUN KITA SAMA2 NAK UMNO KUAT DAN TDK MAHU PEMBANGKANG TERUS TERUSAN MENYERANG,KITA JUGA TDK BLH BUTAKAN MATA KITA TERHADAP ISU 'MORAL' ORG YG KITA SOKONG.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
MESTI DI INGAT ADA 3 PIHAK YG MASIH MENJALANKAN SIASATAN,POLIS,PAC DAN SPRM.APAKATA JIKA NFC KELAK DIDAPATI BERSALAH DAN DIDAKWA?
APAKAH TUAN AKAN TETAP MENENTANG 3 PIHAK INI DEMI MEMBELA SHARIZAT?
FIKIR FIKIRKAN...
Salam APA,
ReplyDeleteterima kasih sahabat atas komen yg panjang lebar. Saya menentang bersebab dan menyokong juga bersebab. Angin beralih juga bersebab, yg penting saya tidak dibeli dan saya tidak dibayar untuk menulis apa yg saya ingin tulis. Pendapat sahabat langsung saya tidak sanggah. Memang pandangan tuan benar, pandangan sebahagian orang lain juga benar dan saya tetap pertahankan kebenaran pandangan saya kerana didalam dunia ini ada hitam, putih dan kelabu. Semuanya benar diatas paksi mereka sendiri. Tiada siapa yg berhak menyalahkan pandangan orang lain dan saya tidak sekali-kali menyalahkan pandangan tuan dalam hal ini, jauh sekali dari memaksa sesiapa menerima pendapat saya. Tuan tetap betul dan unggul. Dunia ini penuh berwarna-warni ~ bh
Saya respect tuan sebagai bloger yang mempertahankan kerajaan inilah yang di sarankan oleh PM semasa ucapan di konvensyen media sosial, bloger pro kerajaan tidak perlu membantai orang sendiri, malangnya sya tidak dapat buat begitu kerana saya cuba menulis suara rakyat, isu ini di bawa roadshow oleh pakatan pembangkang di johor, saya hanya dapat mendengar dengan mulut yang terlopong walaupun sudah baca penjelasan suami kak izat kat utusan malaysia.
ReplyDeleteSalam dan terima kasih MPG,
ReplyDeletesaya blogger biasa yg menulis menurut kata hati. Kadangkala saya mencemuh, kadangkala saya menyindir, kadangkala saya mencerca juga, saya manusia biasa. Saya sayang dan dalam sayang ada benci, dalam benci ada rindu kasih, mmg kehidupan penuh warna-warna ~ bh
Salam tuan2 semua,
ReplyDeleteSaya dapati banyak sangat suara yang menyalahkan Dato'Shahrizat tampa memyemak seluruh fakta.Cuba kita perhati dan analisa dengan hati yang terbuka dan adil kapada semua pihak,supaya gesaan dan saranaan kita kapada yang ditohmah sesuai dengan keadilan yang kita perjuankan bersama.Saya perturunkan persoalan seperti dibawah untuk kita renong dan huraikan bersama;
1.Adakah syarikat itu kepunyaan Ijat?
2.Adakah Ijat Ahli Lembaga Pengarah Syarikat itu ?
3.Adakah Ijat mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan pinjaman kapada syarikat tersebut?
Kalau perkara yang dibangkitkan diatas telah dilakukan Ijat,maka saya sangat berbanga sekiranya Ijat melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti ,kerana telah melakukan kesalahan yang sangat ketara kapada negara dan rakyat.
Saya percaya Ijat tidak melakukan itu semua.Adalah sangat dunggu dan bebal seorang yang tahu undang2 dan sudah lama menari diarus perdana politik negara.Sebab itulah SPRM tidak dapat membuat tuduhan kapada Ijat dan kes ini diserahkan kapada polis dan saya sangat yakin kes ini tidak ada apa2 bokti yang boleh mengaitkan IJAT .
Perkara ini dicetuskan selepas ODIT membuat teguran dan telah dicanang oleh puak2 pembangkang dengan tujuan bembangkitkan perasaan tidak yakin rakyat kapada Ijat secara khusus dan kapada kerajaan secara umum,,,dan akan banyak lagi perkara2 yang akan dibangkitkan dimasa akan datang ....
Dalam mencari kebenaran hendakah kita berlaku adil tidak kira kapada sesiapapun,samaada pihak kerajaan dan pembangkan,,,Kalau pihak yang membuat sisatan telah dapat membuktikan bahawa Ijat benar terilibat saya percaya tiada sesiapa bersetuju Ijat duduk dalam kerajaan dan menjadi ketua Wanita UMNO.
aku sayang semua melayu
'
Tuan Anon: 9.44AM ..Jawapan: (1). Ya, syarikat NFC memang kepunyaan Sharizat atas ikatan FAMILY dan suami dan tiga orang anaknya adalah keluarganya selaku isteri Pengerusi dan ibu kepada lembaga pengarah NFC! Cara legal memang lah takde tapi secara peribadi indirectly ada kepentingan dalam syarikat NFC. (2) Walaupun bukan Ahli Pengarah tetapi sebagai ibu kepada directors company Sharizat dapat benfit dari NFC melalui anak2nya dengan mendapat persoanal expenses yang dibayar dari syarikat NFC..semata-mata kerana ikatan sebagai keluarga kepada pengurusan NFC.(3) Memang takde kuasa meluluskan pinjaman..tetapi jawatan sebagai menteri dan ketua wanita umno sudah cukup mendapat priority dapat projek jika dibandingkan dengan ahli wanita umno yang marhaen...sebab Sharizat boleh menggunakan pengarohnya selaku menteri melobi dengan pemimpin tertinggi mendapat projek lembu...buktinya Sharizat dapat kelulusan mendapat projek lembu dengan mudah kerana kroni Pak Lah dan Mayudin melalui political connection. Jadi janganlah Tuan Anon 9.44am kata takde kaitan dengan NFC. Jangan butakan mata semata-mata nak sokong Sharizat sebab dia kroni. Umno jangan takut menegur pemimpin yang dah menyempang dan cepat2 buang dan ganti pemimpin Umno yang lain yang sama kuat dan berkeliber yang boleh ganti tempat Sharizat. Jangan tiru macam pembangkang pemimpin2 PR banyak yang menyimpang dan sonsang tapi masih pegang lagi jawatan walaupun imej dan maruah dah jadi pekasam. Kalau negara barat dah lama kena letak jawatan tapi di malaysia pemimpin pembangkang masih ligat pegang jawatan dengan imej yang dah parah dan takut menegur pemimpinnya. Jadi UMNO jangan ikut pembangkang ikut perjuangan asal pejuang2 Bapak-bapak UMNO yang dahulu yang berjuang untuk membela bangsa, agama dan negara bukan untuk mengkayakan tengkolok sendiri....
ReplyDeleteTuan anon 12:49PM,
ReplyDeleteTerima kasih diatas ulasan dan pandangan tuan berkaitan ulasan saya.Pertama saya ingin tegaskan bahawa saya bukan orang kuat UMNO , Jauh sekai penyukong tegar Ijat .Saya hanya ahliUMNO biasa.Pegengan saya dalam politik tidak memuja individu atau mana2 pemimpin.Bagi saya betul tetap betul,salah tetap salah.
Dalam nencari betul atau salah itulah kadang2 kita sudah terlajak dalam membuat penghukuman.Setiap hukuman hendaklah diboktikan dengan keterangan2 yang jelas dan sumbar2 berotariti,barulah kita dapat membuat penghukuman yang adil.Saya cuba melihat kitab2 dan buku undang2 yang berkaitan dengan perkara ini,saya dapati adalah terlalu kabur untuk disabitkan bahawa yang dituduh telah melakukan kesalahan.
Saya akui suami dan anak Ijat memiliki syarikt yang telah memdapatt pinjaman dan rangsangan daripada Kerajaan ,itu tidak bercangah dengan mana2 peruntukan undang2 negara mahupun fikh Islami.Dalam pandangan moral pun sangat keterlaluan jika kita menghukum tampa meniliti dengan jelas perkara sebenar,malah dia akan menjadi fitnah ,dan sudah tentulah sangat dilarang oleh Agama Islam.Saya bagi contoh ,Siti Aisah telah dituduh melakukan perkara yang tidak baik dan nabi tidak membuat keputusan terburu buru,malah menyasat dengan sabar, barulah timbul kebenaran.Kesalahan individu tidak boleh dibebankan kapada individu lain.Hukum ini sangat jelas dalam undang2 sivil dan undang syerat Islam.Apa yang dibimbangkan ialah tren ini meanjadi ikutan dan pegangan mesyarakat yang kurang faham dengan unsur2 fitnah yang dipolitikkan merupakan kebenaran yang akam membawa kita kelambah bahaya yang sedang disebar dengan hebatnya sekarang....Kita wajib berlapang dada dan jangan sekali kali kita terperangkap dengan jerat ini .
Mohon maaf jika terlanjur bicara.
aku sayang semua Melayu.