Harap dalam PAU kali ini tidak ada perwakilan yang tertidur kerana kepenatan
setelah berjuang habus-habisan di Dang-Dut malam sebelumnya.
setelah berjuang habus-habisan di Dang-Dut malam sebelumnya.
1. Saya tidak ke Perhimpunan Agung UMNO kerana saya bukan perwakilan bahagian, bahkan di cawangan pun yang saya pernah jadi ketua dan menubuhkan (UMNO Baru) saya dicantas untuk ke perwakilan bahagian. (Saya tidak juga dijemput oleh bahagian sebagai pemerhati atau pengamal media untuk melapor tentang PAU ini sejak beberapa lama dahulu)
2. Tanpa pemimpin-pemimpin lama UMNO tetap subur dan berkembang, cuma halatujunya saja yang tidak pasti. Setelah melebihi 65 tahun usianya, UMNO kelihatan semakin uzur dan rosak. Tun Dr. Mahathir kata 'UMNO busuk hingga ke usus'.
3. Banyak pendapat menyatakan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. UMNO tidak lagi membela bangsa Melayu. UMNO tidak berjuang untuk bahgsa Melayu lagi dan UMNO sudah jadi parti eksklusif yang menggunakan nama bangsa Melayu marhaen untuk mengangkat Melayu berkasta tinggi. UMNO jadi parti untuk kepentingan kerabat.
4. Kerosakan UMNO diperingkat Negara atau Pusat adalah kerana kebusukan UMNO diperingkat Negeri, adalah kerana kebusukan UMNO diperingkat Bahagian, adalah kebusukan UMNO diperingkat Cawangan atau Akar-umbi. Yang mereka yang berkuasa pertahankan adalah kepentingan peribadi mereka sendiri, kepentingan untuk terus kekal berkuasa.
5. Untuk kekal jadi ketua diperingkat cawangan mereka rela UMNO dipecahbelahkan jadi bagai sekawan lembu dalam kelompok yang kecil. Menyekat dari ahli baru menyertai UMNO kerana bimbangkan kehilangan kerusi ketua cawangan.
6. Perwakilan ke Bahagian juga ditentukan hanya sesama mereka bagi tujuan mendapat 'sagu' dari 'ruyung' yang akan dipecahkan nanti.
7. Dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian, mereka lebih suka adanya pertandingan merebut jawatan-jawatan. Mereka suka apabila 'jong pecah' kerana mereka sedar bahawa mereka itu adalah 'yu'nya yang akan kenyang.
8. Apabila pemimpin menyeru UMNO untuk berubah, transformasi, siapakah yang akan berubah dan apakah yang ingin diubah? Beranikan dan jujurkan 'semua kita' untuk berubah?
9. Ada pihak berpendapat bahawa UMNO adalah pasti tender dan kontrek. Ramai berebut-rebut untuk memeggang jawatan kerana keinginan untuk mendapatkan tender dan kontrek. Adakah yang berani menyatakan bahawa pendapat ini salah? Benar UMNO perjungkan kepentingan Melayu, tetapi hanya sebahagian Melayu tertentu saja sedangkan sebahagian Melayu yang lain dilupakan dan dibiarkan begitu saja.
10. Ramai kata UMNO sudah berubah, ramai juga kata UMNO sedang berubah, namun ramai juga berkata UMNO masih tidak berubah apa-apa. Saya tidak tahu kerana saya sudah semakin jauh ditinggalkan dan meninggalkan!
11. Dulu jawatan adalah bebanan dan memeggangnya atas dasar tanggung-jawab dan asas perjuangan membela bangsa. Kini jawatan adalah rebutan dan menganggapnya adalah hak mutlak dan warisan.
11. Dulu jawatan adalah bebanan dan memeggangnya atas dasar tanggung-jawab dan asas perjuangan membela bangsa. Kini jawatan adalah rebutan dan menganggapnya adalah hak mutlak dan warisan.
yang ya nya umno semakin nazak....shingga pru 13
ReplyDeleteSalam Anon,
ReplyDeletePRU masih jauh dan perjalanan masih panjang. Tiada siapa yg dapat pastikan apa yang akan berlaku nanti. Mungkin dlm masa terdekat UMNO berubah cepat dan akan berjaya mendapatkan semula mandat bahkan sokongan undi 2/3...siapa tau? Sy tidak bersikap dan berfikir negatif...