07 December, 2011

IBARAT ANJING: BILA PERUT SUDAH KENYANG, TANGAN MENYUAP MAKAN DIGIGIT PULA





1. Ini mengenai Lynas, sebuah syarikat yang memproses sumber alam 'rare earth' yang hangat diperkatakan di Kuantan kononnya memberikan kesan negatif kepada kehidupan sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah.Saleh

2. Sudah terlalu banyak kenyataan bagi mendedahkan pembohongan Fuziah mengenai Lynas yang sebenarnya tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap penduduk,namun beliau masih mencanangkan keburukan projek berkenaan. Sila klik disini untuk menonton hakikat yang sebenar-benarnya benar (KLIK)

3 Apa yang lebih dikesalkan adalah sikap pembangkang yang jadi talam dua muka. Mereka mendapat kontrek tertentu dari Syarikat Lynas berkenaan namun dalam masa sama bermain sendiwara dengan menyumbang dana untuk membiayai bantahan terhadap kerajaan untuk mengagalkan projek berkenaan.

4. Justeru itu, MB Pahang, dalam ucapannya di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang telah memaklumkan akan mendedahkan individu dan syarikat berkenaan untuk menyedarkan rakyat bahawa pembangkang sentiasa bersikap hipokrit bahkan boleh disifatkan bagai anjing yang mengiggit tangan yang memberikannya makanan.

5. Klik untuk baca mengenai hal berkenaan seperti yang didedahkan di blog 'Small Talk'. 

6. Ni kalau blogger ParpuKari yang tulis tentu ayatnya akan berbunyi lebih kurang begini ' Hangat Berkari Kunyit Harami Pembangkang Dapat Kontrek Lynas Tapi Biayai Tunjuk Perasaan Bantah Projek Lynas'

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”