7. Berbagai NGO dinamakan bagi menghalalkan perlakuan mereka. Dari reformasi yang semakin basi kepada bersih yang penuh kotoran. Segalanya atas nama demokrasi. Sedangkan demokrasi pun harus ada kawalan dan peraturan. Kebebasan yang sebenar adalah kembali kezaman jahiliah dimana kita bebas lakukan apa saja, itu pun masih ada kawalan dan kekangan...yang kuat akan terus berkuasa dan dianggap benar.
8. Apabila politikus kita semakin bijak mempermain
dan menipu rakyat, maka rakyat juga perlu jadi bijak dalam membaca mainan
politik mereka. Pas akan sentiasa saja bangkitkan soal hukum hudud setiap kali
hadapi pilihanraya, kerana itu akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Melayu
Islam kepada parti . Janji kosong ini sudah dimainkan berkali-kali bahkan
kegagalan melaksanakannya juga dipersalahkan kepada pihak lain. Namun
pengikutnya yang taksub dan buta hatinya tetap saja percaya bahkan tidak sedar
bahawa Pas adalah parti politik bukannya agama dan bukannya Islam. Mana-mana
parti sekalipun boleh perjuangkan agama Islam kerana Islam bukan untuk Pas saja.
9. Pas lebih banyak memecahbelahkan bangsa
Melayu daripada menyatukan ummah. Segala slogannya hanyalah mainan politik bagi
mempengaruhi fikiran orang-orang kampong dengan jadikan agama sebagai
senjatanya. Pas adalah parti jumud. Pas berjaya jadilan serban dan janggut
sebagai wajah alim ulamak namun disebaliknya terselindung wajah sebenar mereka.
Mat Sabu di cekup ketika bermukah dengan Normah dibilik 121 Hotel Perdana Kota
Bharu, itu kisah yang semua orang sudah tau. Seorang ADUN Pas ditangkap
berkhalwat didalam gerabak Keretapi, dan ini Pas sendiri tidak mampu
menafikannya lagi. Justeru, jangan menganggap dikalangan mereka itu maksum
belaka.
10. Bukan sedikit para pemimpin kita diperlekehkan
dan dihina. Tidak cukup Perdana Menteri, bahkan isterinya juga menjadi mangsa.
Segala itu adalah kerja siber tropper mereka, atas perancangan dan arahan
pemimpin mereka. Sekadar menamakan beberapa; milo suam, topeng perak, tukar
tiub, yop tualang sekah.....Mereka dibayar namun ada juga yang sedar dan
berubah arah dengan berpusing ke belakang apabila ada kesedaran.
11. PRU13 dilihat lebih kepada perang propaganda
dan bergantung harapan kepada media sosial. Jika dalam PRU12 kerajaan
kehilangan banyak sokongan akibat tidak cakna kepada media sosial, PRU akan
datang adalah sebaliknya. Faktor Anu arr sudah tidak penting lagi kerana
pakatan pembangkang juga sedar dan akui bahawa Anu arr memang bersalah dalam
banyak hal. Perjuangan pembagkang sekarang bukan kerana Anu arr tetapi adalah
kerana ingin memegang kuasa.
12. Slogan ABU yang dimainkan pembangkang yang
bermaksud Asal Bukan UMNO nampaknya sudah berubah kepada Allah Berkati UMNO,
kerana pemimpinnya lagi diberikan tekanan semakin berusaha keras untuk
memakmurkan rakyat. Harap rakyat kita lebih bijak dari rakyat Mesir, Libya dan Iraq
dalam mencari makna kebebasan dan kebenaran.
Salam tuan aku setuju sangat dengan tulisan tuan ni.Namun pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat tu pun perlulah berubah.janganlah nak melentakedarah hak rakyat aje.Mereka perlulah juga berbakti kepada rakyat drngan memberikan hak hak rakyat.Orang marahkan UMNO kerana sebilangan besar pemimpin pemimpin UMNO ni terlalu bangsat tu sebab mereka mengundi pembangkang walaupun mereka mengundi pembangkang bukan kerana mereka percayakan pembangkang.Yg penting pemimpin pemimpin bangsat UMNO ni perlu di kekang dan perlu dibuang dan digantikan dengan pemimpin yg benar tulin untuk membantu rakyat
ReplyDelete