13 December, 2011

JIKA KAK IJAT BERUNDUR, BAGAIMANA ISA SAMAD?

Tunjuk perasaan terhadap Isa isu FELDA.


1. Seperti biasa untuk setiap isu akan ada 'pro' dan 'con'-nya. Demikian juga dengan isu Kak Ijat...NFC yang semakin hari semakin kelihatan parah dan memberat. Selain dari pihak pembangkang, kini UMNO sendiri juga turut mendesak beliau melepaskan jawatannya. Beberapa Ahli Parlimen BN, Menteri dan bahkan mantan PM Tun Dr. Mahathir sendiri telah membuat kenyataan mencadangkan Kak Ijat berundur.

2. Blogger-blogger pro kerajaan akhirnya menyuarakan yang serupa, desak Kak Ijat berundur melainkan 'hantu' yang diberi makan saja yang masih pertahankannya, itupun sekadar melepas batuk ditangga.

3. BH tetap komited dengan pandangan bahawa Kak Ijat perlu lebih kuat pertahankan jawatannya. Kerana apa mesti berundur? Apakah kerana desakan blogger? Kerana desakan ahli UMNO? Atau kerana pandangan mantan PM? BH berpendapat biarkanlah PM sendiri yang membuat keputusannya sama ada Kak Ijat perlu kekal atau di'campakkan' keluar.

4. Jika kerana tekanan maka Kak Ijat perlu berundur, maka bagaimana pula dengan kedudukan TS Isa Samad didalam kesnya dengan Datuk (?) Zulkifli? Bukankah beliau juga diminta berundur oleh sebilangan peneroka dan FELDA sendiri? Jika suara dari desakan dijadikan alasan untuk Kak Ijat berundur maka TS Isa Samad juga perlu berundur. Kemudian seorang demi seorang lagi tokoh-tokoh politik kita serta menteri-menteri akan didesak berundur lalu siapa lagi yang akan tinggal?

5. Bersediakah kita untuk membiarkan Kak Ijat berundur? Kemudian TS Isa juga akan berundur. Kemudian menteri-menteri dan tokoh-tokoh politik kita juga mesti bersedia untuk berundur juga. Apakah selain dari mereka berdua ini bersih belaka? Tun Dr. Mahathir pernah kata UMNO busuk hingga keusus, apabila Tun kembali semula kedalam UMNO apakah UMNO sudah bersih kembali?

6. Apakah pemimpin pembangkang serta selain dari UMNO bersih belaka? Apakah kita tidak ingin mendesak mereka juga berundur? Jika isu moral menjadi alasan, bagaimana pula moral Anu arr sebagai seorang peliwat dan 'binatang politik' yang nyata membebankan rakyat dan negara?


9 comments:

  1. disini kito mosti faham fakta isu yang ditimbulkan. eden tak sonang dongan keduo oran ni-baik isa ataupun shahrizat. keduo nyo diselamatkan nyawo politik olih tok pm. isa dio apo bilo monang di ns. tapi shahrizat tak monang hanyo sobab dio kalahkan rafidah mako dio dilantik senator dan montori. kalo ikut eden dio tak bolih dilantik. macam yang lain lain lah semuo jadi montori ikut jalan bolankang. apo kato kalo dibuet bahwa kalo kalah tak bolih dilantik montori. korano eden lihat macam kito tak punyo peminpin lansung hinggo oran kalah pun bolih jadi montori.balek pado isu isa dan ijat ,kes ini akan menjadi liabiliti kepado bn dipru 13 nanti. elok lah duo oran ni lotak jawatan.

    ReplyDelete
  2. disini kito mosti faham fakta isu yang ditimbulkan. eden tak sonang dongan keduo oran ni-baik isa ataupun shahrizat. keduo nyo diselamatkan nyawo politik olih tok pm. isa dio apo bilo monang di ns. tapi shahrizat tak monang hanyo sobab dio kalahkan rafidah mako dio dilantik senator dan montori. kalo ikut eden dio tak bolih dilantik. macam yang lain lain lah semuo jadi montori ikut jalan bolankang. apo kato kalo dibuet bahwa kalo kalah tak bolih dilantik montori. korano eden lihat macam kito tak punyo peminpin lansung hinggo oran kalah pun bolih jadi montori.balek pado isu isa dan ijat ,kes ini akan menjadi liabiliti kepado bn dipru 13 nanti. elok lah duo oran ni lotak jawatan.

    ReplyDelete
  3. BRO ... MANTAP ARTIKEL LU! SYABAS!

    ReplyDelete
  4. Sdra BRAVE HEART;
    Izin kan saya masuk di sini,boleh

    1.Air Asia Beli Saham MAS-murah harga.
    2.MAS beli saham AA mahal harga.
    3.Kemudian Harga pasaran MAS turun.AA Naik harga pasaran.
    4.Sime Darby Beli Saham E & O.
    5.Kencana jual saham kapadaAhli lembaga Ramunia sebelum gabungan Sapura Crest.
    6.Tabung Haji beli saham 25 % Ramunia Holdings.
    ada banyak persamaan dan juga ada beza dengan Kooperasi Felda pegang 51 % Felda Holdings.
    FeldaGlobalVentures pegang 49%.
    Felda Holdings.
    7.Kerajaan Perseketuan beri pinjaman RM250 juta kapada NFC dan banyak perkara di timbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
    Jika orang Felda yang menjadi ahli Kooperasi Felda tidak setuju, maka perkara gabungan dan apungan ini harus di tangguh sebab ramai akan banding dengan kes kes tesebut sebelum ini dan sekadar unlocking assets value mengikut underwriters punya tarian rentak pasaran dlll.
    Ada banyak bahaya dan bencana jika di paksa kpd orang orang yang terlibat.
    Tapi kalau Najib nak tembak kaki sendiri......ta k payah lah,world view sangat ke Malaysia ?
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  5. Salam.Sebenarnya semua yg tidak bersih atau tidak kelihatan bersih perlu berundur jika mereka benar sayangkan UMNO. jika mereka tidak berundur akan menyebabkan UMNO akan menerima padahnya nanti.Mungkin PRU 13 nanti UMNO akan tersungkur? sama samalah kita lihat jika pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat masih ada dalam jawatan

    ReplyDelete
  6. Assalam sdra Braveheart.
    Saya tidak dapat tidak besetuju dengan pendapat sdra kali ini.

    Sejak sdra berubah pendirian saya cuba mencari jawapan kenapa sdra bertindak demikian.Hendak dikatakan dibayar sdra bukanlah yg jenis begitu,lainlah "hantu" yg dah kenyang itu.

    Hari ini saya sedikit sebanyak memahami perjuangan sdra dan saya hormati pendirian sdra itu dan menyokongnya walaupun saya diantara blogger yg lantang melaungkan agar Kak Ijat meletak jawatan.

    Memang tidak salah blog sdra menjadi "idola" saya sebelum bergelar blogger lagi dan kini setelah menjadi keluarga blogger.

    Teruskan perjuangan sdra itu atas nama kebenaran dari kacamata saudara dan tidak terikut dengan sentimen orang lain.

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  7. Salam dan terima kasih kepada sahabat blogger yg memberikan pendapat masing-masing. Terima kasih juga kpd GWM yg berikan sokongan, terima kasih kpd APA kerana memahami. Bukanlah satu kesalahan bila kita berbeza pendapat, yg penting adalah kita tegas dengan pendapat dan pandangan kita. Kita adalah diri kita sendiri...saya memilih untuk tidak popular asalkan dapat menyatakan pandangan saya yg ikhlas dan bukan setakat menulis ikut-ikutan...

    ReplyDelete
  8. Salam Sdra bRAVEhEARTH,
    Saya bersetuju dgn sdra, dlm isu NFC ni kak jat tk perlu letak jawatan disebabkn sentimen..biarlh PM yg ada kuasa yg menentuknnya,sbgai umat Islam sama2lh kita berdoa moga negara kita dilindungi dan aman.

    ReplyDelete
  9. Salam Anon 12.11 kerana memahami apa yg ingin saya kemukakan. Harap kita jangan jadikan desakan demi desakan sebagai budaya dalah kehidupan kita. Biarkanlah PM sendiri yg membuat keputusan mengenainya keran isu ini melibatkan kabinet beliau. Pembangkang memang sentiasa mencari kesempatan untuk melemahkan kita dan jangan sampai kita hilang punca dan menjadi duri dalam daging.......

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”