27 December, 2011

RAJA RUSUHAN JALANAN

Ini apa cerita ni? Biar betul! Sana putaq, sini putaq, hang ni memang kaki putaq laaa!


1. Semakin hari Anu arr semakin hampir kepada hari penghakimannya. Hari memetik buah-buahan yang ditanam. Kata orang tua-tua; Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Namun jika benih yang busuk jatuh ke tempat yang busuk juga entah akan menjadi apa!

2. Berani kerana benar namun takut tentunya kerana salah. Sebelum hukuman dijatuhkan, sebelum hakim menghukum Anu arr bersalah maka Anu arr teleh menjatuhkan hukuman ke atas hakim itu lebih dahulu. 'Kunun'nya sistem kehakiman negara tidak adil. FACK (fuck pun boleh agaknya) - Kempen bebaskan Anu arr 901 adalah usaha memburukkan sistem kehakiman negara dengan menganggap penghakiman tidak adil terhadap beliau - sebelum hukuman dijatuhkan. 

3. Bermakna Anu arr sudah tahu dia akan dijatuhkan hukuman bersalah? Bagaimana beliau tahu bahawa beliau dijatuhkan hukuman bersalah jika didalam hatinya sendiri tidak merasai bahawa memang beliau bersalah melakukannya? Owhh! Benih yang busuk jatuh ke tempat busuk!

4. Memulakan kempen 901 tersebut Anu arr tampilkan katakata bahawa rakyat adalah hakim. Bermakna beliau hendak rakyat bersama-samanya dan sokongan rakyat 'kunun'nya adalah sebagai tanda bahawa beliau dipihak yang benar. Kenapa hanya apabila hendak dapat sokongan baru rakyat diajak bersama? Rakyat hanyalah untuk berkongsi masalah tetapi apabila menikmati keseronokan duniawi, rakyat dipinggirkan. Demikianlah sikap pemimpin hipokrit.

5. Tidak cukup dengan parti politik, mahasiswa juga diseret bersama 'kunun'nya bersimpati dan menyokong perjuangan beliau. Dengan membiayayai beberapa pemimpin mahasiswa untuk mengetuai demonstrasi dan pengaruhi mahasiswa lain Anu arr berbangga kerana dapat mendidik mahasiswa menjadi sepertinya 'Raja Rusuhan Jalanan'.

6. Khabarnya menjelang tarikh dijatuhkan hukuman, satu gerakan demonstrasi besar-besaran akan dilaksanakan yang akan membuat kekacauan besar-besaran, akan melumpuhkan sistem perkhidmatan awak dan seterusnya akan membuatkan negara jadi huru-hara.

7. Kita juga ingin melihat satu pasukan menentangnya dibentuk, biar kita adakan perlawanan diantara kumpulan menyokong Anu arr dan kumpulan menentangnya. Biar kita berlawan berdepan, biarlah menang jadi abu dan kalah jadi arang. Apa yang perlu kita takutkan kerana mati hanya sekali. Jika pasukan ini dibentuk, saya ingin berada dibarisan depan walaupun sudah berusia..demi sebuah kebenaran yang kita perjuangkan.

Baca Sini   dan   Sini

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”