31 December, 2011

SUMPAH LIWAT ANU ARR

Apa lagi helah dan alasan Anu arr selepas ini?


1. Sebelum ini seorang sahabat pernah berkata tidak mustahil disaat-saat akhir Anu arr akan lakukan sumpah bahawa dia tidak meliwat dan apa akan jadi nanti? Anu arr ini 'binatang politik' dan dia tida peduli lagi apa akan jadi selepas itu kerana padanya matlamat sentiasa menghalalkan cara.

2. Dengan martabatnya sebagai Anu-gerah Tuhan dan terbaru beliau dianggap sebagai Imam Mahadi tentu dia tidak akan peduli pada betul dan salah, buruk dan baik serta halal dan haram. Matlamatnya hanyalah satu; melepaskan diri dari hukuman bersalah kerana meliwat dan seterusnya mengejar harapan dan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

3. Dari seorang penuntut MCKK beliau ke jalanan mengetuai demonstrasi dan menentang kerajaan. Tun Mahathir mengangkatnya dari longkang di jalanan ke kabinet. Apa perjuangannya semasa jadi Menteri Pelajaran? Beliau cuma berjuang apabila ada kepentingan. 

4. Anu arr bercakap mengenai pembaikan ekonomi dan sebagainya tetapi hanya apabila dia sudah tidak berkuasa, kenapa tidak dilakukan apa yang dikatakan semasa beliau berkuasa dulu? Jawabnya adalah semasa itu beliau lupa diri dan menganggap bahawa langit akan sentiasa cerah dan menungguh peluang berkuasa dengan rela bersabar.

5. Kita masih belum lupa bagaimana Anu arr membunuh (politik) Tun Ghaffar dengan mengamalkan politik wang, namun apabila beliau disingkirkan dari UMNO, maka dengan lantang beliau menuduh UMNO melakukan politik wang dan berbagai-bagai kebusukan lagi.

6. Anu arr bukanlah seorang kawan bukan juga seorang pejuang tulin. Bahkan beliau lebih sesuai digelar petualang dari diangkat jadi seorang pejuang. Beliau bukan setakat perjuangkan dirinya sendiri bahkan mengajak orang lain untuk perjuangkan beliau. Beliau berselindung disebalik nama rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

7. Kita tunggulah nanti apabila Anu arr akan bersumpah sama ada dengan nama Allah atau 'Tok Pekong' atau sebagainya kepada Anu arr segalanya tetap sama. Kerana itulah beliau setuju bahawa nama 'Allah' boleh diguna oleh kristian di gereja. Padanya 'Allah', God dan Tok Pekong adalah sama.

8. Kita tunggu apa kata pengikutnya, puak-puak yang taksub dengannya tentang sumpah Anu arr itu nanti. Tentu mereka akan kata bahawa sumpah Anu arr itu betul kerana mereka dulu telah menyalahkan sumpah Saiful.


Seperti yang dijangka,Anwar akan sanggup melakukan apa saja untuk meraih simpati. Talian hayat politik Anwar sudah berkubur,rakan politik dari DAP dan PAS sudah tidak mempercayai Anwar.


Option terakhir buat Anwar adalah bersumpah,beliau mahu dilihat sebagai tidak bersalah diatas makhamah rakyat,Nak bersumpah?Kenapa sekarang?kenapa tidak melakukan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh pada waktu ketika isu itu masih panas.



Kenapa Anwar tidak mahu turut bersama Saiful dimasjid melakukan sumpah mubahalah pada waktu beliau dicabar?





Hebat. Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah. Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.


Banyak cadangan yang sedang dipertimbankan oleh Saifuddin Nasution dan Biro Politik. Ini termasuklah tempat dan kaedah bagaiman acara sumpah akan dilakukan. Malaysiakini, The Malaysian Insider, TV Selangor, TV PAS turut bersedia menyiarkan acara sumpah tersebut secara langsung ke dalam media baru. Hebat susunan Anwar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Politik PKR, kesediaan Anwar bersumpah dikatakan akan merubah semula RATING KEPERCAYAAN Rakyat mengenai kes liwat. Bio Politik amat yakin bahawa usaha ini perlu bagi menyelamatkan PKR daripada kekalahan teruk dalam PRU akan datang.

Ada beberapa cadangan tempat yang dikemukakan kepada Biro Politik:-
  • Masjid Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Masjid Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar
  • Masjid Negara
  • Masjid Jamek KL
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  • Masjid UIA

Tempat masih belum dipastikan lagi. Tapi menurut sumber, ianya akan diadakan di dalam Lembah Kelang bagi memastikan IMPAK ‘BebasAnwar901′ dapat dimaksima sebaik mungkin. Khabarnya, sumpah ini akan dijalankan di hadapan tiga orang ulama’, seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Anwar dikatakan akan bersumpah dengan kaedah yang dikatakan SE-ISLAMIK mungkin. Siap dengan bacaan Al-Quran yang akan dibacakan oleh seorang Qari jemputan daripada UIA. Semua faktor keselamatan sedang dikaji, khususnya dalam memastikan ia tidak menyusahkan kumpulan demonstran yang sudah mula berkumpul di KL pada tarikh yang sama.

Agenda SUMPAH ini akan mengakhiri siri lawatan Anwar ke seluruh Negara.

Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka.

Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.

Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.

Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang.

Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya.

Menurut perancangan, selepas sembahyang hajat di rumah – Anwar akan bergerak ke salah satu lokasi yang dicadangkan kepada Biro Politik. Kemudian daripada itu, Anwar akan hadir ke Kelab Sultan Sulaiman.-gelagat anwar

Pisau kata " apa nak hairan dengan sumpah Anwar tu,Allah pun dia boleh gadai,apalah sangat dengan sumpah oleh sesumpah ni..."




















No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”